Tuesday 6 August 2019

Jalan-jalan cari makan Kelantan

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna!!

Genki? Saya? Mestilah genki sebab dapat jalan-jalan sambil cari makan makanan sedap-sedap di Kelantan muhaha sebelum saya ke sesuatu tempat biasanya saya akan membuat kajian mengenai daya penarik tempat tu. Makanan, nature, shopping blablabla..maklumlah susah nak dapat cuti jadi kena cover sekali harung.

Trip kali ni cuma saya dan suami je. Senang, tanpa banyak karenah. Perjalanan bermula dengan menuju ke arah Tanah Merah tempat suami saya menetap sekejap dulu. Banyak pembangunan kat sana katanya. 

Kami teruskan perjalanan ke Kota Bahru dan menginap di Hotel OYO Aslah. Murah je. Ok la untuk merehatkan diri. Kononya bila sampai nak menyantap di Kedai Din Tokyo (dekat je dengan hotel) tapi kedai tu tutup pukul 6 petang. Jadi esok je la. Kami makan malam di Sate Razak Wakaf Bahru. Sate dia sedap terutamanya sate daging. Kedai ni agak unik sebab dia ada hidangkan roti (macam roti paung) untuk makan dengan kuah sate kot. Saya tak dapat makan roti tu sebab dah habis =( 

Nasi impit tu homemade. Oishii

Sate daging dan sate ayam. Juicy weh

Esoknya kami sarapan di Kedai Din Tokyo. Boleh je nak jalan kaki dari hotel tapi sebab nak ke tempat lain lepas tu maka bawa je la kereta ke sini. Kami sampai dalam pukul 9 pagi dan masa ni dah ramai orang. Apa yang menariknya mengenai kedai ni adalah susun atur meja untuk makan. Macam makan kat kedai sushi. Kat tengah-tengah ada ruang untuk pekerja siapkan makanan dan minuman yang kita tempah. Bekas air panas dia memang lejen la. Antik wooo. Menu yang saya nak cuba kat sini adalah telur taliban dan teh halia. Telur taliban tu adalah telur separuh masak campur kicap dan lada sulah. Suami saya suka menu ni. Teh halia pun terbaik la. Ada campur madu dan telur puyuh. Selain itu ada juga menu yang lain seperti nasi lemak, nasi dagang, mee dan bihun.

Telur Taliban

Teh halia kawww


Pemanas air lejen

Saya dah pesan awal-awal kat suami saya jangan makan banyak sangat kat kedai ni sebab nak ke kedai makan lain pula selepas ini haha seterusnya kami menuju ke Kedai Kopitiam Kita yang popular dengan roti titab. Ramai selebriti Malaysia pernah datang di sini seperti Tok Ti dan suami, Eina Azman dan suami. Memang ramai sangat orang masa kami sampai. Kena menunggu lama untuk mendapatkan meja kosong. Cuti sempena pertabalan Agong la agaknya. Banyak sangat pilihan menu di sini. Kononnya nak cuba nasi tumpang dan kuih muih tapi habis pula. Makan je la roti titab yang memang ada dalam perancangan. Sedap wehhhhh..tak meyesal tunggu lama. Saya lupa ada perasa pandan jadi tak dapat nak cuba. Lain kali la jawabnya.

Lain kali kena datang lagi sini


Sedapnya awak

Dah menjejes ke air liur korang? Cukup la pameran makanan di entry ni. Saya akan sambung di entry yang lain. Jya mata ne =)



No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...