Sunday, 5 November 2017

Jambatan gantung Yamabiko, Shichikasyuku machi, Miyagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Sambungan lagi rentetan dari jalan-jalan air terjun Akiu hari tu. Tempat-tempat yang Geng Sendai singgah tempoh hari berdekatan je antara satu sama lain. Kali ni nak kongsi satu tempat tarikan yang osem di Miyagi iaitu jambatan gantung Yamabiko. Dari Tasik Choro (entry lepas) ke jambatan gantung ini memang agak mencabar. Kena meredah hutan dalam 30 minit, siap jumpa ular lagi. Kami guna laluan yang sama pergi dan balik. Masa pergi syok la sebab turun tangga. Nak balik agak azab juga mendaki tangga huhu jambatan gantung ni sebenarnya takdalah menakutkan mana pun. Korang nak berlari-lari anak atas tu pun boleh sangat. Super kukuh dan goyang sikit-sikit je kalau ada angin kuat dan kalau ada orang dok melompat atas jambatan tu. Jambatan sepanjang 120 meter ini berlatarbelakangkan Gunung Fubo dan di bawah jambatan ini ada empangan yang sangat cantik. Batu disusun bertingkat-tingkat di empangan menambahkan keunikannya. Pokok-pokok keliling kelihatan sudah bertukar warna sedikit. Boleh jadi tempat pilihan untuk melepaskan tekanan. Ku lihat hijau ~ ~ eh ada la kuning dengan merah sikit =) Moh la kita layan gambar kat bawah ni. Jumpa lagi di entry yang lain. Jya, mata ne!!!


Muka ceria masa otw pergi. Otw balik penat tak terkata apa 

Pemandangan dari jauh

Yamabiko 'nan toka nan toka'. Tak reti baca kanji


Empangan yang cun


Kukuh macam ni memang tak gayat


Geng jalan Sendai








Wednesday, 1 November 2017

Tasik Choro, Miyagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Entry kali ini adalah sambungan dari jalan2 ke air terjun Akiu. Kami menghala ke Tasik Choro yang terletak di Shichikashuku machi, Miyagi. Besar juga tasik ni. Boleh naik sampan yang dikayuh sendiri untuk merentas keliling tasik. Tasik ini menghadap Gunung Fubo yang berkedudukan di selatan Gunung Zao. Tasik Choro yang panjangnya 2km dan kedalaman 500m ini merupakan sempadan antara wilayah Miyagi dan Yamagata. Ketika kami ke sini cuaca agak mendung dan matahari sembunyi di sebalik awan. Ada taman berdekatan dan lembah Yokokawa untuk diteroka. 


Taman sebelah tasik

Tasik Choro dan Gunung Fubo




Adalah sikit2 dah bertukar warna

Nampak tu ada orang naik macam board

Ok nantikan sambungan pengembaraan kami di Miyagi di entry seterusnya =) jya mata!

Ouchijuku, Fukushima

Assalammualaikum dan salam sejahtera  minna,

Musim luruh dah sekarang ni uols!!!Musim daun2 bertukar warna, saujana mata memandang gitu. Juga musim jalan2. Cuaca tak berapa panas dan sejuk yang nyaman. Kali ini nak kongsi pengalaman berjalan2 ke tempat yang bersejarah iaitu Ouchijuku yang terletak di daerah Fukushima. Ouchijuku ni merupakan pekan yang menyambungkan antara Aizu dan Nikko pada era Edo (1640). Pedagang2 zaman itu berjalan kaki menggunakan laluan Aizu-Nishi Kaido dan mereka berhenti singgah di Ouchijuku untuk berehat dan makan. Ouchijuku juga merupakan pusat perdagangan yang sibuk pada ketika itu. Kini, kerajaan Jepun masih memulihara Ouchijuku agar masih kelihatan seperti pada era Edo. Yang menarik mengenai tempat ini adalah bumbung bangunan yang diperbuat daripada jerami kering. Bangunan2 unik ini menempatkan pelbagai kedai makan, kedai arak dan kedai menjual omiyage (cenderahati). Di sini juga ada sebuah hotel untuk orang kenamaan era Edo dan dibangunkan sebagai muzium. Nak masuk ke dalam kena bayar, jadi saya usha2 di bahagian luar bangunan sahaja. Di sini juga ada beberapa kuil dan kalau nak mendapatkan pemandangan yang lebih menarik, bolehlah naik ke atas bukit di hujung jalan. Walaupun tangganya agak curam tapi percayalah....memang berbaloi kerana pemandangan dari atas bukit sangat cantik. Sambil lap peluh boleh berswafoto.
Ni la yang dulunya hotel yang kini dijadikan muzium

Cili yang tak pasti tahap kepedasannya

Macam pokok buah letup-letup. Masa musim panas banyak jual benda alah ni

Kraftangan sayur. Kawaii


Pemandangan dari ata bukit

Jalan turun

Tangga menuju kejayaan serta pecahkan lemak degil



Lagi satu fakta menarik mengenai Ouchijuku. Air longkang di sini sangat bersih dan sejuk. Jadi peniaga meletakkan air minuman untuk dijual dalam longkang ni bagi tujuan penyejukan. Jimat elektrik dia. Tak payah masuk dalam peti ais. Saya mencuba ikan bakar dan sofuto (soft ice cream) di sini. Memang yummy!!!. Kalau singgah ke daerah Fukushima, jangan lupa ke Ouchijuku. Tempat letak kereta pun sangat banyak dan murah (500 yen). Nantikan perkongsian saya di lain entry. Jya mata!!!

Air yang disejukkan dalam LONGKANG tau

Longkang yang bersih

Belalang goreng. Pandang je la

Monday, 30 October 2017

Air terjun Akiu, Miyagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Minggu lepas Jepun dilanda taufan Lan dan disusuli dengan taufan 22. Hujan dan angin sangat kuat. Daun pun cepat je luruh. Kebiasaanya sebelum merancang untuk jalan-jalan, kena tengok dulu cuaca hari kejadian. Kalau hujan/mendung tak syok pula nak jalan-jalan. Kali ni Geng Jalan Sendai meneroka ke air terjun Akiu, Miyagi, antara yang tercantik di Jepun. Dalam 30 minit je perjalanan. Cuaca mendung sedikit dek kerana taufan 22. Dah lama nak jejak ke sini tapi baru berkesempatan. Boleh parking kereta samada berdekatan dengan jalan utama (besar dan banyak ruang) ataupun berdekatan dengan air terjun Akiu (sangat terhad). Parking yang berdekatan jalan besar ada kafe, tandas dan gerai-gerai jual cenderahati dan makanan. Kami parking berdekatan dengan air terjun. Agak jauh juga kalau nak jalan kaki dari jalan besar.

Bila dah sampai, rasa wow sangat..dari jambatan boleh nampak air terjun yang berketinggian 55 meter. Tak puas tengok dari jauh, boleh menuruni laluan bertangga untuk pemandangan lebih dekat. Laluan agak curam dan licin kalau hujan. Kena super berhati-hati dan lebih elok pakai kasut. Bila dah sampai bawah, kena lalu batu-batu sungai untuk dapatkan angle kamera yang lebih cantik. Sangat berbaloi menempuh laluan yang boleh menyingkirkan lemak tadi. Berada di kawasan air terjun ni terasa aman damai je gitu. Bunyi hempasan air terjun yang deras memang menyahkan tekanan. Ditambah dengan daun-daun yang sudah bertukar warna, memang sesuai la nak bertapa kat sini hehe disebabkan air yang sangat deras, pengunjung tidak dibenarkan untuk mandi manda di sini. Tengok je dari jauh pun dah ok. Jya, meh layan gambar di bawah ni.

Air terjun Akiu dari jambatan


Jambatan di nun sana. Sayang cuaca mendung




Berketinggian 55 meter



Tuesday, 17 October 2017

Tasik Inawashiro, Fukushima

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san,

Bbbrrrrrr sejuk dah sekarang ni. Cuaca berubah mendadak betul. Minggu lepas boleh lagi pakai baju musim panas. La ni bungkus terus baju musim panas masuk pek vacum. Sabtu minggu lepas saya sempat bawa keluarga saya yang datang dari Malaysia berjalan2 ke Tasik Inawashiro yang terletak di daerah Fukushima. Saya pernah ke sini pada musim sejuk yang lepas. Tasik ini merupakan tasik ke-4 terbesar di Jepun dan berhampiran dengan Taman Negara Bandai-Asahi. Terdapat banyak onsen (kolam air panas) di sepanjang kaki gunung Bandai (Bandai san). Kalau korang nak tau semua gunung di Jepun diakhiri dengan perkataan 'san' atau 'yama' seperti Fuji san atau Fuji yama. Biasanya 'san' disebut pada akhir nama macam Ali san, Ahmad san, merujuk kepada encik/cik/puan/tuan sebagai tanda hormat kepada empunya diri. Selain itu tulisan kanji 'gunung' untuk Jepun disebut sebagai 'san' bagi tulisan kanji China. Jadi, mungkin sebab itu orang Jepun panggil 'gunung' samada 'san' atau 'yama'. 

Tasik Inawashiro ni sangat cantik dan menjadi tempat persinggahan angsa yang berhijrah pada musim sejuk dan berada di situ sehingga musim bunga. Selain angsa, pelbagai spesis itik juga ada di tasik ini. Memandangkan sekarang musim luruh, hanya itik je yang ada di tasik ini. Aktiviti yang mendatangkan kegembiraan di sini semestinya bagi angsa dan itik makan. Seronok tengok dorang berebut makan roti macam tiada hari esok hehe ada kedai jual roti berdekatan dengan tasik ni. Nak lagi murah, boleh singgah konbini (convenient store) beli roti siap2. Kalau berminat nak naik bot bentuk angsa selama 30 minit keliling tasik pun boleh. Cool kot bentuk bot tu. Kalau lalu Fukushima singgah la Tasik Inawashiro ni. Memang wow la. Jumpa lagi di entry lain. Jya, mata!


bot bentuk angsa


Banyak weh angsa dan itik

Jutawan roti yang pemurah

Awak di sana, nak roti saya tak?

Kesian angsa yang selalu kalah dalam perebutan roti


Itik dari dekat

Sawah padi yang ditimbus dengan salji

Tasik Inawashiro pada musim luruh. Ada itik je



Sawah padi


~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...