Wednesday, 8 August 2018

Tanabata Matsuri 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san...

Lama dah blog ni tergantung sepi dek kerana tuan dia hilang mood nak menulis hehe kali ni mood datang, kena tulis banyak entry tertangguh fuhhhh....

Kali ni saya nak kongsi mengenai Tanabata Matsuri (Festival Tanabata). Tanabata Matsuri ni diadakan pada 6 hingga 8 Ogos setiap musim panas. Sebenarnya di daerah Tohoku ni ada 3 matsuri yang besar sempena musim panas iaitu Aomori Nebuta Matsuri, Akita Kanto Matsuri dan Sendai Tanabata Matsuri. Semalam saya berpeluang menikmati keindahan Sendai Tanabata Matsuri. Walaupun hujan renyai-renyai tetap penuh dengan lautan manusia. Ramai juga Nihonjin yang pakai yukata. Cantik sangat.

Tanabata matsuri ini disambut berdasarkan lagenda Jepun, Tanabata. Mengikut lagenda, Orihime, puteri raja yang tinggal di Milky Way telah jatuh cinta dengan Hikoboshi. Orihime selalu melambai-lambaikan bajunya yang cantik kepada ayahnya tetapi sejak jatuh cinta Orihime tidak melakukannya lagi. Ayah Orihime berang lalu tidak mengizinkannya berjumpa dengan Hikoboshi. Sejak dari itu Orihime sering menangis dan akhirnya ayahnya memberi keizinan untuk berjumpa Hikoboshi sekali setahun pada hari ketujuh bulan ketujuh mengikut kalendar China. Namun Sendai Tanabata Matsuri disambut sebulan lambat dari kalendar China.

Pelbagai hiasan Tanabata digantung di sekitar pusat membeli belah Ichibanco dan Chuo-dori hingga ke stesen Sendai. Hiasan yang tingginya 3-5 meter dihias dengan tanzaku (kertas berwarna warni) yang ditulis oleh orang ramai. Mereka menulis hajat atau impian di atas kertas tanzaku. Tanzaku yang telah siap ditulis digantung pada batang pokok buluh bersama hiasan origami yang lain seperti kimono, burung jenjang, beg duit, jaring dan beg sampah. Sebelum ini saya sempat mengikuti kelas membuat hiasan Tanabata mini. Menarik sangat. Hiasan Tanabata yang saya lihat semalam memang sangat cantik dan memukau. Ada yang diperbuat daripada ribuan origami burung jenjang pelbagai warna. Gigih yang amat =) Jika anda ke sini pada musim panas tahun depan, jangan lupa singgah Sendai untuk merasai kemeriahan Tanabata Matsuri yang menjanjikan pengalaman yang osem. Jya mata ne!



Omiyage



Yang ni paling win. Ribuan origami burung jenjang. Tahun lepas pun ada 

Pandangan dekat



Yang ni paling unik

Penerangan dalam bahasa Inggeris (jarang2 sangat nak ada)








Nampak tak tu ada origami kimono, bakul sampah, beg dan burung jenjang


yang ni kakkoi (cool)




munge munge pun cantik







Tuesday, 1 May 2018

Gunung Zao

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san,

Sempena cuti Golden Week yang berlangsung sekarang ni, saya sempat mencemar duli ke Gunung Zao yang terletak di antara Yamagata dan Miyagi prefectures. Tak jauh dari Sendai, dalam sejam lebih. Gunung Zao yang berketinggian 1841 meter adalah antara gunung yang popular di daerah Tohoku. Pada musim sejuk, Gunung Zao ini merupakan tempat ski yang selalu dikunjungi. Di atas Gunung Zao terdapat satu daya tarikan pelancong iaitu kawah gunung berapi, Okama namanya. Bentuk Okama seperti periuk masak traditional (kama = cooking pot dalam bahasa Jepun). Terdapat juga onsen (kolam air panas) berhampiran Okama. Selain menjadi pusat pelancongan semasa musim sejuk, Gunung Zao juga terkenal dengan panorama yang cantik semasa musim luruh. Lautan daun momiji yang bertukar warna di sepanjang laluan naik ke atas. Sebelum sampai Gunung Zao, saya nampak salji masih meliputi di atas gunung. Wow!!!! sejuk kot kat atas tu.

Dah ada penampakan ais di musim bunga

Dinding salji


Laluan jalan raya mula dibuka pada akhir April selepas musim sejuk dan terdapat dinding salji setinggi 10 meter di keliling jalan. Tak rasa sejuk sangat. Nyaman je. Agak ramai juga manusia di Gunung Zao sebab cuti umum. Saya pernah ke sini 2 kali sebelum ni tapi hampa kerana berkabus dan tak kelihatan kawah tu. Jadi bila tengok ramalan cuaca agak cun, apa lagi terus ke sini. Alhamdulillah kali ni Okama sangat jelas kelihatan. Laluan ke Okama agak mencabar kerana sedikit bersalji. Banyak kali juga nak terjatuh. Berpeluh jugak nak mendaki ke Okama ni. Dalam Okama ada tasik hijau yang berasid. Setakat ni sebanyak 26 kali Gunung Zao pernah meletus. Akhir sekali pada tahun 1895. 
Boleh lagi ni kalau nak ski


Kena bayar tiket parking. Sebelum ni free je

Macam biasa, tempat perlancongan mestilah ada kedai cenderahati. Banyak cenderahati yang menarik dan ada satu booth jagung bakar. Sedap makan lepas penat mendaki. Jya jom layan gambar kat bawah ni. Jangan lupa singgah sini bila lalu Tohoku =)



Okama dari jauh

Osem la awak Okama


Laluan yang membuatkan nak tergolek banyak kali


Jagung sedap

Wednesday, 25 April 2018

Malas nak masak tapi lapar? No hal beb...

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san....

Lama dah blog ni dibiarkan tergantung sepi. Maklumlah tuan tanah sibuk sangat. Sibuk dengan kemas beg dan rumah sempena balik Malaysia setelah habis belajar. Lepas cuti tanpa gaji mengikut suami (hincik suami ada lagi setahun pengajian) lulus, saya kembali semula ke bumi Sendai. Saya memang dah berniat untuk menghadiri kelas Nihongo (bahasa Jepun) secara intensif jika saya dapat cuti. Moga pera pera Nihongo secepat mungkin =) boleh borak dengan makcik kedai sayur dekat rumah ni.

Kali ini saya nak kongsi mengenai makanan siap dimasak yang dijual di konbini mahupun supa. Pelbagai jenis pek makanan dijual di sini seperti set nasi goreng + ayam goreng + sayur, sushi,  spagetti, mi goreng dan macam-macam lagi. Tinggal panaskan je. Mudah sangat. Harga pun berpatutan dan comel pulak tu. Nak lagi murah kena datang malam-malam untuk dapatkan diskaun sebab nak habiskan stok. Kalau boleh makan (halal), saya pun turut jadi salah satu pelanggan setia makanan sedia dimakan tu hehe moh la layan gambar makanan kat bawah ni. Jya mata ne!!

Sushi pelbagai jenis

Set nasi

Set nasi lagi

Ayam

Goreng-goreng!!!terliur beb

Spagetti



~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...