Tuesday, 16 April 2019

Halal Wagyu Panga, Tokyo

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna...

Nak makan daging grill yang sedap, cair di mulut dan akan selalu teringat-ingat kelazatannya? Di Tokyo, ada satu kedai halal yakiniku (daging grill) yang menggunakan daging wagyu gred A5 yang semestikan akan membuatkan anda melayang-layang di udara dengan rasanya. Wagyu membawa maksud Wa = Jepun dan Gyu = lembu. 

Nama restoran yakiniku tersebut adalah Yakiniku Panga yang terletak di Taito, Tokyo. Panga bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong Muslim malah penduduk Jepun juga. Sepanjang saya di Jepun selama 4.5 tahun, adalah dalam 3-4 kali saya menjamu selera di sini. Mujur Sendai sangat jauh dari Tokyo. Jika tidak, memang setiap minggu akan ke sini hehe

Kali pertama saya makan di sini, rasa agak noob sebab saya pesan set daging yang sedikit dan sup. Bila datang je set daging tu, wahhhhh cantik dan nipisnya dia potong daging ni. Bau daging yang diperap lalu digrill memang menusuk hidung wehhh..Masuk je mulut, daging tu boleh cair dan terus hilang =) Sedap yang amat tak tergambar dengan kata-kata.

Sejak kena penangan Yakiniku Panga, kalau ada urusan di Tokyo pasti saya akan singgah makan di sini. Pilihan set daging bergantung kepada jumlah orang. Biasanya saya akan ambil set yang harganya lebih kurang 10000 yen (untuk 2 orang makan). Bukan apa...alang-alang dah sampai, baik ambil set yang boleh memuaskan tekak dan perut. Untuk set ini, chef akan grillkan daging yang pertama dan terakhir. Daging yang pertama agak tebal (tapi sedap!!!) dan akan dicelup dalam mentega bercampur dengan bawang putih. Daging yang terakhir pula akan digrill dan dicelup dalam telur. Slurppp sedap sangat. Ni tengah taip pun dah boleh terbayang-bayang kesedapan wagyu di Yakiniku Panga. Jya, kalau anda singgah Tokyo jangan lupa untuk ke sini supaya boleh jadi geng saya sebagai peminat tegar Yakiniku Panga. Pasti anda tidak menyesal cuma masa nak bayar tu mungkin menggigil sikit nak keluarkan duit hehe moh layan gambar yang boleh menjejes air liur. Jumpa lagi di lain entry.

daging yang pertama. grill dan celup dalam mentega

sidedish kimchi

set daging



yang ni set yang paling mahal. sekali sekala bolehlah

Friday, 4 January 2019

Sendai Pageant of Starlight

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna...

Kali ini nak berkongsi cerita mengenai Sendai Pageant of Starlight. Setiap hujung tahun kebanyakan bandar di Jepun akan diterangi dengan lampu yang banyak di jalan utama. Tahun ini seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Sendai juga dilimpahi dengan lampu yang menarik di sepanjang jalan Aoba dori dan Jouzenji dori dari 14-30 Disember 2018. Memandangkan pukul 4 petang pun dah gelap, lampu mula dipasang pada pukul 530 petang sehingga 11 malam. Sebanyak 600,000 lampu kecil digantung pada pokok. Biasanya saya ke sini samada berjalan kaki atau pun naik bas. Jalan memang sangat sesak dengan kenderaan dan parking pun penuh. Seronok jalan kaki sambil tengok lampu yang cantik. Cuma tak berapa seronok kalau salji turun hehe 10 minit pun dah cukup lama nak menikmati lampu cantik tu. Sejukkkkkk....Di samping itu, ada juga gerai kecil tepi jalan yang jual street food. Tahun ni ada gerai kebab halal. Jom enjoy tengok gambar kat bawah ni =) Mata ne!!!



Snow tengah turun masa ni


Reflection lampu kat bangunan


Yang ni masa tahun 2017. Sesak teruk

2017 juga. Kat pokok ni ada satu lampu warna pink. Siapa2 yang nampak kononnya akan bertuah di masa hadapan

Lampu dimatikan dan dihidupkan semula untuk elemen surprise gitu =)

Ice rink


Tuesday, 11 December 2018

Matsushima, Miyagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san!!!!


Fuh fuh fuh.....tiup kejap habuk yang bersawang di blog ni hehe cuaca di Sendai sekarang amatlahhhhh sejuk. Winter is coming guys!!! Salji pertama sudah turun di Sendai Sabtu lepas. Walaupun salji manja-manja je yang turun tapi sejuk mencucuk ke tulang.

Kali ni saya nak kongsikan perjalanan cari makan kaki burger (burger oyster) yang terkenal di Matsushima. Untuk pengetahuan, Matsushima telah dinobatkan sebagai antara teluk yang tercantik di dunia. Pada Mac 2011, Matsushima terkesan dengan tsunami besar yang melanda Jepun. Musim oyster biasanya bermula pada musim luruh. Terletak dalam 30 minit je dari Sendai. Boleh naik tren ke sini dan turun betul-betul berdekatan dengan pusat tarikan Matsushima. Kami makan kaki burger di sebuah kedai makan di dalam bangunan. Selain kaki burger, ada juga set nasi lauk unagi (belut). Oishii yo!! Saya siap bawa sos cili dari rumah. Memang sudah dijangka, tiada sos diletakkan dalam burger. Tekak orang Malaysia haruslah pedas, barulah berselera makan hehe

Kaki burger

Sotong bakar tinggal suku

Seusai memuaskan kehendak tekak, kami berjalan-jalan sekitar Matsushima. Kami singgah di jambatan merah yang menyambungkan ke Fukuura Island. Memandangkan kena bayar untuk merentas jambatan, jadinya ambil gambar saja dari tepi jambatan. Setelah puas bergambar, kami meneruskan misi mencari sotong bakar dan sofuto (soft ice cream) pula. Ada banyak kedai di tepi jalan yang menjual pelbagai makanan lauk bakar. Dah kenyang, sambung pula berjalan ke Entsuin Temple. Bayaran masuk ke Entsuin Temple adalah sebanyak 300 yen. Kebiasaannya pada musim luruh, Entsuin Temple akan dilimpahi cahaya lampu (light up) yang amat cantik. Memang naik seri daun momiji yang kemerahan disinari cahaya lampu malam hari. Memandangkan tahun lepas saya sudah mengunjungi Entsuin ketika musim luruh, jadi kali ini tengok je dari luar. Jom layan gambar di bawah ni. Jya mata ne!


Kiri: jambatan merah yang menyambungkan ke Fukuura Island

Close up jambatan


Antara teluk yang tercantik di dunia

 Bonsai

Cantiknya momiji merah

Pintu masuk Entsuin Temple

Momiji lagi

Dan lagi

terjumpa kedai yang ada tulisan bahasa melayu

Monday, 17 September 2018

Istana Aoba (Aoba jo), Sendai

Assalammualaikum dan salam hari Malaysia minna san....

Sakan orang Malaysia cuti ye sempena hari Malaysia semalam. Kami di Nihon pun cuti juga sempena hari orang tua. Kali ni saya nak kongsikan tentang Istana Aoba yang terletak di Sendai. Dekat je dari rumah saya. Walaupun bukan istana yang lengkap, hanya dinding dan bangunan pengawal sahaja tapi tetap menjadi tempat menarik untuk dikunjungi. Dibina pada tahun 1600 oleh tuan feudal yang berpengaruh iaitu Date Masamune semasa zaman Edo. Istana ini telah mengalami fasa kebakaran besar (1882) dan pernah dibom pada 1945 masa perang dunia kedua. Berketinggian sebanyak 100 meter dari bandar yang ada di bawah menjadikan lokasinya strategik untuk menahan dari serangan musuh. Kini, tapak Istana Aoba menjadi tempat tarikan pelancong yang harus dikunjungi bila datang ke Sendai.

Yang menarik mengenai tempat ni adalah pemandangan bandar Sendai dapat dilihat dengan jelas kerana kedudukannya yang tinggi. Lagi osem bila lepak di sini tengok matahari naik dan terbenam. Tugu Date Masamune naik kuda lengkap dengan baju perang juga merupakan signature Istana Aoba dan Sendai. Selain itu, Gokoku Shrine kerap dikunjungi untuk mereka berdoa. Apa yang menarik mengenai Istana Aoba ini adalah, laluan sepanjang naik sangat redup dengan pokok-pokok dan terasa nyaman je tengok. Pertama kali saya ke sini punyalah gigih jalan kaki dari Kampus Kawauchi, Universiti Tohoku. Walaupun mendaki masa penghujung musim sejuk (nyaman dan sejuk) tapi pecah juga peluh.Fuhhhh..... Saya cadangkan baiklah naik bas yang disediakan atau kereta. Jya...jangan lupa singgah di Istana Aoba jika berkunjung ke Sendai. Mata ne!

Mula jalan kaki dari sini

Pokok pine yang mendamaikan


Bila sampai sini masih boleh senyum lagi


Kat sini dah bebel sorang2 kenapa aku naik




Pintu masuk

Fuhhhhh dah sampai


Pemadangan bandar Sendai


Tugu Date Masamune yang cool

Gokoku Shrine

Hajat yang ditulis dan digantung




Kedai omiyage




~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...