Hai minna san!!! Untuk kesekian kalinya saya nak kongsi tempat menarik yang telah saya terokai. 'Asyik berjalan-jalan je ye? Pergi la lab buat kerja masa weekend'. Tidak..tidak...cukup2 la datang lab dan buat kerja dari Isnin sampai Jumaat (9 pagi-7-8 malam). Hari minggu kenalah habiskan masa bertenang dengan keluarga dan kawan2 gitu.
Hujung minggu lepas (minggu mana tah haha lama dah p sini. maklumlah...lama sangat peram dalam draf), saya dan suami serta adik2 UG berpeluang ke Goishi Coast di bandar Ofunato selatan daerah Iwate. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam lebih dari Sendai. Saya pernah singgah di sini dulu tapi tak sempat nak tengok apa2 sebab dah malam. Goishi Coast yang panjangnya 6 km merupakan antara 100 pantai tercantik di Jepun. Namanya 'Goishi' diambil sempena nama batu catur Jepun (go) yang berwarna hitam. Terdapat banyak gua, pulau, pokok pine dan bunga di sepanjang laluan Goishi Coast. Mujur cuaca agak baik walaupun angin pantai sangat kuat. Kami menyelusuri Goishi Coast dengan laluan landai dan tangga. Kaminariiwa merupakan tempat di mana ombak menghempas batu dan menghasilkan bunyi seperti guruh. Terpegun dengar bunyi tu. Di bahagian atas ada rumah api Goishi Misaki dan beberapa observation deck di sepanjang Goishi Coast.
Catur Jepun
Bila dengan adik2 undergrad, kami kelihatan sebaya haha
\Pose yang wajib
Batu hitam macam dalam catur Jepun
Kira2 3 km dari Goishi Coast tu ada satu lagi tarikan utama iaitu Anatoshiiso. Anatoshiiso adalah batuan berbentuk unik yang terletak di dalam laut. Bentuk Anatoshiiso seperti huruf M kembar 3 camtu. Ada laluan di celah batu dan boleh menaiki bot keliling Anatoshiiso selama 40 min. Tapi perkhidmatan bot bermula pada bulan Mei nanti (waktu saya ke sini bulan 2. biasalah...entry tertangguh haha). Takda rezeki nak naik bot. Cantik sangat tempat ni. Ada macam wakaf kecil di situ. Boleh piknik makan2 sambil tengok laut. Osem!!!
Konon2nya nak singgah Izu-numa dan Uchi-numa di daerah Tome masa jalan balik tapi cepat gelap la pulak sekarang ni. Dan dan sampai dah gelap. Tak nampak apa pun. Lain kali la gamaknya. Jadi kami pulang terus ke Sendai.
Batu yang unik
Konon2nya nak singgah Izu-numa dan Uchi-numa di daerah Tome masa jalan balik tapi cepat gelap la pulak sekarang ni. Dan dan sampai dah gelap. Tak nampak apa pun. Lain kali la gamaknya. Jadi kami pulang terus ke Sendai.
No comments:
Post a Comment