Saturday 29 July 2017

Pemeriksaan kesihatan

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san...

Sepanjang 2 tahun lebih di Jepun ni adalah beberapa kali terpaksa ke klinik kerana masalah kesihatan. Demam, dagu luka dan baru-baru ni Encik suami tak sihat kerana ada sedikit darah semasa membuang. Disebabkan dah terjadi beberapa kali maka Encik suami terpaksa jumpa doktor untuk pastikan puncanya. Saya agak mungkin buasir sebab makan pedas atau kurang makan sayur. Yang saya perasan, bila kami di Jepun ni perut agak sensitif dengan makanan pedas. Mungkin faktor cuaca sejuk yang menjadikan perut sensitif. Nak mencari doktor yang fasih berbahasa Inggeris pun mencabar juga. Nak minta tolong adik2 undergrad macam menyusahkan pula. Mujur adalah juga doktor di klinik yang berdekatan dengan rumah boleh berbahasa Inggeris. 

Encik suami perlu ambil sampel tinja selama 2 hari dan doktor akan analisa untuk mengenalpasti punca penyakit. Setelah dianalisa, doktor menasihatkan agar membuat ujian colonoscopy untuk betul-betul pasti. Doktor merujuk suami ke klinik pakar. Yang kami risau, doktor ada sebut 'colon kensa'. Erkkk ada colon cancer ke? Padahal colon kensa tu adalah pemeriksaan colon (usus besar). Phewww lega.. Rupanya bukan senang prosedur colonoscopy tu. Dua hari sebelum prosedur dia hanya boleh makan yang lembut2 saja macam nasi, udon (mee Jepun), dan tofu. Tak boleh makan segala fiber dan protein. Kena timbang berat sebelum dan selepas la macam ni. Mesti turun banyak kilo ni huhu (tak timbang pun haha)

Pada hari kejadian pula, kena minum 2L air dicampur dengan ubat dalam bentuk garam (saya rasa campuran julap) selama 2 jam. Di saat itu, perut akan rasa memulas dan membuang dengan kadar yang kerap sampailah usus dikosongkan. Masa ni saya ada di makmal dengar seminar. Jadi setiap masa suami akan update keadaan dia. Gigih dia minum 2L air dalam masa 2 jam.

Siap salin nota pesanan Dr macamana nak makan ubat

Ubat minum

Julap 2L



Temujanji dengan doktor pada pukul 2.30 petang. Kami datang awal sikit untuk bersedia. Suami diberi sedatif separuh badan (bahagian bawah). Masa prosedur berjalan dia sedar dan boleh tengok video yang dirakam dalam usus besar. Katanya clear habis haha bersih sangat2. Yelah...dah minum 2L julap kot. Alhamdulillah tiada apa2 yang abnormal dalam usus cuma buasir sahaja. Tepat jangkaan saya. Lega dengar keputusan ujian colonoscopy tu. Lepas prosedur, suami tidur kejap dalam 30 minit sebab kesan sedatif. Saya terlentok2 tunggu kat luar. Kos keseluruhan adalah tak ingat la berapa tapi disebabkan guna insurans jadi tak terasa mahal. Selepas itu kena ambil ubat buasir di farmasi. Farmasi kat Jepun ni berasingan dengan klinik/hospital. Mujur tingkat bawah je. Lepas ni saya kena kurangkan masak pedas2 dan lebihkan sayur/buah-buahan untuk elakkan buasir. Kurang nikmat makan pedas huhu takpelah asalkan sihat. Jya..nantikan pengalaman saya yang lain di entry seterusnya.


No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...