Saturday 29 July 2017

Sakuranbo gari

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Kebelakangan ni Sendai mendung dan hujan je tapi bila hari panas memang panas lit lit la. Lencun baju dengan peluh. Lepas mandi pun terasa melekit lagi. Rasa nak duduk depan kipas je selalu.

Entry kali ni nak cerita mengenai sakuranbo gari (petik ceri). Saya sangat suka makan buah-buahan. Banyak kali juga adik-adik UG (undergrad) anjurkan fruit picking tapi tak berkesempatan nak menyelit. Sekarang ni tengah musim sakuranbo. Kalau beli di kedai, satu pek (adalah dalam 20-30 biji) dah 200-300 yen. Itu yang kualiti biasa-biasa je. Yang tinggi kualiti pulak memang mahal dan mampu jeling dari jauh je. Jadi kali ni saya nak juga mengutip pengalaman memetik sakuranbo dan makan sampai puas perut eh puas hati. Saya memilih ladang sakuranbo di Cherry Land, Sagae, Yamagata lebih kurang sejam dari Sendai. Tempat tu macam RnR dan mereka akan bawa ke ladang-ladang ceri berhampiran. Bayaran masuk untuk sakuranbo gari adalah 1500 yen. Kalau ada kupon, dapatlah diskaun 300 yen. Boleh masuk ke ladang ceri tu selama sejam. Makanlah kau ceri tu sampai puas (muak? haha). Saya bersama geng jalan Sendai (5 kereta) dibawa ke ladang ceri yang terletak dalam 5 minit dari RnR tu. Ladang tu diusahakan oleh penduduk setempat dan pihak pengurusan akan uruskan hal promosi dan pelanggan. Bagus juga idea ni. Mungkin boleh buat kat Malaysia. Petik rambutan atau buah-buahan tempatan yang lain.

Pekerja ladang sakuranbo tu dah pilihkan pokok ceri yang mana yang akan kami gondolkan. Dia siap ajar lagi cara-cara nak petik ceri, kat mana nak buang tangkai dan biji ceri dan yang menariknya dia siap letak tali keliling pokok (buat macam pagar) untuk kitaorang potong tali tu macam ala2 nak rasmikan kedai pula. Bagus la cara dorang raikan pelanggan. Pastu acara ditunggu-tunggu adalah petik dan makan sakuranbo. Ada beberapa jenis sakuranbo di situ. Yang saya boleh baca adalah jenis Napoleon. Yang lain tulisan kanji jadi babai je la. Warna sakuranbo pun berbeza seperti warna merah, merah cair, krim dan ungu pekat. Yang paling manis adalah yang warna merah. Dahlah besar saiznya, manis pulak tu. Memang puas hati. Pekerja di situ menyediakan tangga untuk kami petik sakuranbo yang tinggi. 15 minit pertama makan tanpa henti tapi lepas tu dah agak kenyang dan tak larat nak sumbat. Tapi kena gigihkan juga sebab kena cukupkan kuota 1500 yen sakuranbo haha

Pakcik ni tengah terangkan tatacara makan ceri

Perasmian masuk ladang ceri. Cool!!!

Mahal tau ceri gred ni kat kedai. Mampu jeling dari jauh je. Hari ni makanlah kau sampai muntah 

Kulit pokok ceri yang unik







Depan pintu masuk ladang ni ada kedai untuk beli cenderamata. Kot2 la nak beli sakuranbo untuk dibawa balik. Tapi kami dah mabuk sakuranbo jadi tak lalu nak pandang pun hehe jya mata ne!!!






No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...