Saturday 29 July 2017

Tohoku Safari Park, Fukushima, Jepun

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san!!

Atsui!!!! (Panasnya!!!). Cuaca di Jepun sekarang sangat panas lit lit. Rasa macam nak duduk rumah je. Hala kipas depan muka haha penghawa dingin pun dok pasang selalu. Mujur waktu siang duduk lab jadi jimat elektrik hehe

Minggu lepas geng jalan Izumi Mansion (warga Malaysia yang duduk satu blok) ke Tohoku Safari Park di Fukushima. Lebih kurang sejam lebih dari rumah kami. Tempat ni agak jauh ke dalam. Memang bersatu dengan alam la kiranya. Bayaran masuk untuk dewasa adalah sebanyak 2900 yen. Kalau tengok di website safari ni ada kupon untuk diskaun. Kami sewa kereta untuk masuk dalam tu. Yelah..risau juga kalau ada haiwan kat dalam tu cakar2. Tak pasal calar kereta. Bayaran sewa kereta 7 seat adalah 2000 yen. Pihak safari juga ada jual makanan untuk haiwan di situ sebanyak 1000 yen (biskut merry dan pellet). Kami masuk ke dalam safari dan parking kereta. Kawasan parking kereta sangat lapang. Sebelum masuk ke dalam safari, petugas menerangkan apa yang boleh dan tak boleh buat dalam safari ni. Bahasa? Mestilah Nihongo. Mujur ada yang Nihongo pera pera.

Pintu masuk



Dalam ni ada singa jadi pagar mesti super kukuh

Comel je bas ni

Kereta sewa

Calar2 yang menyebabkan kami kena sewa kereta untuk masuk. Kalau guna kereta sendiri mau nangis hujung pintu


Haiwan2 di sini ada 2 kategori, lepas bebas di kawasan lapang dan dalam kandang. Kami diberi kereta MPV untuk masuk ke kawasan haiwan yang lepas bebas seperti singa, kambing. lhama, kuda belang, rusa. Tapi haiwan2 ni dilepaskan bebas di kawasan yang berpagar kukuh tau. Jadi selamat je. Macam dalam cerita Jurassic Park pun ada hehe pintu pagar dibuka tatkala kereta kami dalam kawasan jajahan singa. Masuk je kat kawasan singa, dorang tengah melepak baik je. Petugas safari dah pesan masa kat kawasan singa, jangan perlahankan sangat kereta. Cermin tingkap pun jangan turunkan banyak (10 cm je). Masa  kami lalu tu, ada kereta petugas safari yang ikut kami. Macam nak pastikan kami selamat gitu. Bila dah lepas kawasan singa, kami lalu pula kawasan haiwan yang tak ganas macam kuda belang, unta, lhama, kambing, rusa. Kat sini boleh bagi makanan yang dibeli tadi. Seronok je bagi dorang makan. Sebab takut jadi main campak2 je haha bila dah bagi makan, mengikut la pula. Gigih ikut kereta kami. Agak sukar nak gerak sebab takut terlanggar. Kami berada di dalam tu adalah dalam 20 minit.

Pagar yang dikawal ketat


Menanti makanan

Lhama yang tamak





Selain haiwan lepas bebas, ada juga haiwan yang dalam kandang seperti harimau, kuda, beruang, arnab, red panda (comel sangat binatang ni), lhama, kambing. Gajah pun ada. Didatangkan khas dari Laos. Boleh naik gajah ni keliling taman. Haiwan lain seperti lemur (kegemaran incik suami), arnab, burung merak pun ada. Kami beli epal (500 yen) dan bagi haiwan2 tu makan. Jinak sangat. Siap lompat atas bahu minta makanan huhu


Dibuat dari tanduk rusa (kalau tak silap)

Pak belang



Red panda


Lhama lagi

Unta 

Arnab yang agak diva. Siap ada aircond dalam sangkar dia


Lemur yang mengejutkan. Siap panjat lagi








Beruang albino

Kami sempat melihat pertunjukan singa laut pada pukul 1 tengahari. Menarik dan terhibur. Berhampiran Tohoku Safari Park ni ada Ebisu Drifting Circuit. Ramai kaki drift datang ke sini. Agak bising juga la. Macam tak berapa kondusif untuk haiwan2 di sini. Boleh mendatangkan stress dengar bunyi bising. Kalau ada yang nak datang ke sini saya nasihatkan tengok website mereka untuk dapat diskaun dan bawa la biskut merry dari rumah untuk bagi haiwan2 makan tapi kena sorok2 la ye hehe jya enjoy tengok gambar2. Mata ne!

Pingu!!!!



Makanan haiwan


No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...