Wednesday, 8 August 2018

Tanabata Matsuri 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san...

Lama dah blog ni tergantung sepi dek kerana tuan dia hilang mood nak menulis hehe kali ni mood datang, kena tulis banyak entry tertangguh fuhhhh....

Kali ni saya nak kongsi mengenai Tanabata Matsuri (Festival Tanabata). Tanabata Matsuri ni diadakan pada 6 hingga 8 Ogos setiap musim panas. Sebenarnya di daerah Tohoku ni ada 3 matsuri yang besar sempena musim panas iaitu Aomori Nebuta Matsuri, Akita Kanto Matsuri dan Sendai Tanabata Matsuri. Semalam saya berpeluang menikmati keindahan Sendai Tanabata Matsuri. Walaupun hujan renyai-renyai tetap penuh dengan lautan manusia. Ramai juga Nihonjin yang pakai yukata. Cantik sangat.

Tanabata matsuri ini disambut berdasarkan lagenda Jepun, Tanabata. Mengikut lagenda, Orihime, puteri raja yang tinggal di Milky Way telah jatuh cinta dengan Hikoboshi. Orihime selalu melambai-lambaikan bajunya yang cantik kepada ayahnya tetapi sejak jatuh cinta Orihime tidak melakukannya lagi. Ayah Orihime berang lalu tidak mengizinkannya berjumpa dengan Hikoboshi. Sejak dari itu Orihime sering menangis dan akhirnya ayahnya memberi keizinan untuk berjumpa Hikoboshi sekali setahun pada hari ketujuh bulan ketujuh mengikut kalendar China. Namun Sendai Tanabata Matsuri disambut sebulan lambat dari kalendar China.

Pelbagai hiasan Tanabata digantung di sekitar pusat membeli belah Ichibanco dan Chuo-dori hingga ke stesen Sendai. Hiasan yang tingginya 3-5 meter dihias dengan tanzaku (kertas berwarna warni) yang ditulis oleh orang ramai. Mereka menulis hajat atau impian di atas kertas tanzaku. Tanzaku yang telah siap ditulis digantung pada batang pokok buluh bersama hiasan origami yang lain seperti kimono, burung jenjang, beg duit, jaring dan beg sampah. Sebelum ini saya sempat mengikuti kelas membuat hiasan Tanabata mini. Menarik sangat. Hiasan Tanabata yang saya lihat semalam memang sangat cantik dan memukau. Ada yang diperbuat daripada ribuan origami burung jenjang pelbagai warna. Gigih yang amat =) Jika anda ke sini pada musim panas tahun depan, jangan lupa singgah Sendai untuk merasai kemeriahan Tanabata Matsuri yang menjanjikan pengalaman yang osem. Jya mata ne!



Omiyage



Yang ni paling win. Ribuan origami burung jenjang. Tahun lepas pun ada 

Pandangan dekat



Yang ni paling unik

Penerangan dalam bahasa Inggeris (jarang2 sangat nak ada)








Nampak tak tu ada origami kimono, bakul sampah, beg dan burung jenjang


yang ni kakkoi (cool)




munge munge pun cantik







Tuesday, 1 May 2018

Gunung Zao

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san,

Sempena cuti Golden Week yang berlangsung sekarang ni, saya sempat mencemar duli ke Gunung Zao yang terletak di antara Yamagata dan Miyagi prefectures. Tak jauh dari Sendai, dalam sejam lebih. Gunung Zao yang berketinggian 1841 meter adalah antara gunung yang popular di daerah Tohoku. Pada musim sejuk, Gunung Zao ini merupakan tempat ski yang selalu dikunjungi. Di atas Gunung Zao terdapat satu daya tarikan pelancong iaitu kawah gunung berapi, Okama namanya. Bentuk Okama seperti periuk masak traditional (kama = cooking pot dalam bahasa Jepun). Terdapat juga onsen (kolam air panas) berhampiran Okama. Selain menjadi pusat pelancongan semasa musim sejuk, Gunung Zao juga terkenal dengan panorama yang cantik semasa musim luruh. Lautan daun momiji yang bertukar warna di sepanjang laluan naik ke atas. Sebelum sampai Gunung Zao, saya nampak salji masih meliputi di atas gunung. Wow!!!! sejuk kot kat atas tu.

Dah ada penampakan ais di musim bunga

Dinding salji


Laluan jalan raya mula dibuka pada akhir April selepas musim sejuk dan terdapat dinding salji setinggi 10 meter di keliling jalan. Tak rasa sejuk sangat. Nyaman je. Agak ramai juga manusia di Gunung Zao sebab cuti umum. Saya pernah ke sini 2 kali sebelum ni tapi hampa kerana berkabus dan tak kelihatan kawah tu. Jadi bila tengok ramalan cuaca agak cun, apa lagi terus ke sini. Alhamdulillah kali ni Okama sangat jelas kelihatan. Laluan ke Okama agak mencabar kerana sedikit bersalji. Banyak kali juga nak terjatuh. Berpeluh jugak nak mendaki ke Okama ni. Dalam Okama ada tasik hijau yang berasid. Setakat ni sebanyak 26 kali Gunung Zao pernah meletus. Akhir sekali pada tahun 1895. 
Boleh lagi ni kalau nak ski


Kena bayar tiket parking. Sebelum ni free je

Macam biasa, tempat perlancongan mestilah ada kedai cenderahati. Banyak cenderahati yang menarik dan ada satu booth jagung bakar. Sedap makan lepas penat mendaki. Jya jom layan gambar kat bawah ni. Jangan lupa singgah sini bila lalu Tohoku =)



Okama dari jauh

Osem la awak Okama


Laluan yang membuatkan nak tergolek banyak kali


Jagung sedap

Wednesday, 25 April 2018

Malas nak masak tapi lapar? No hal beb...

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san....

Lama dah blog ni dibiarkan tergantung sepi. Maklumlah tuan tanah sibuk sangat. Sibuk dengan kemas beg dan rumah sempena balik Malaysia setelah habis belajar. Lepas cuti tanpa gaji mengikut suami (hincik suami ada lagi setahun pengajian) lulus, saya kembali semula ke bumi Sendai. Saya memang dah berniat untuk menghadiri kelas Nihongo (bahasa Jepun) secara intensif jika saya dapat cuti. Moga pera pera Nihongo secepat mungkin =) boleh borak dengan makcik kedai sayur dekat rumah ni.

Kali ini saya nak kongsi mengenai makanan siap dimasak yang dijual di konbini mahupun supa. Pelbagai jenis pek makanan dijual di sini seperti set nasi goreng + ayam goreng + sayur, sushi,  spagetti, mi goreng dan macam-macam lagi. Tinggal panaskan je. Mudah sangat. Harga pun berpatutan dan comel pulak tu. Nak lagi murah kena datang malam-malam untuk dapatkan diskaun sebab nak habiskan stok. Kalau boleh makan (halal), saya pun turut jadi salah satu pelanggan setia makanan sedia dimakan tu hehe moh la layan gambar makanan kat bawah ni. Jya mata ne!!

Sushi pelbagai jenis

Set nasi

Set nasi lagi

Ayam

Goreng-goreng!!!terliur beb

Spagetti



Tuesday, 20 February 2018

Influenza B melanda =(

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Musim sejuk yang agak ekstrem tahun ini. Biasanya salji turun sehari, esoknya dah mula mencair. Tapi kali ini hampir setiap hari berturut-turut salji turun. Salji yang turun mula-mula sangat lembut dan seronok nak pijak. Bila dah mula mengeras tu yang azab nak jalan. Silap hari bulan boleh mengundang jatuh tergolek. 

Musim sejuk tahun ini suami diuji dengan kesihatan yang tidak berapa baik. Mula dengan demam chips more..kadang panas melampau (39 degree) kadang tu sampai sejuk menggigil padahal dah pakai selimut tebal. Pertemuan pertama dengan Dr cuma disahkan demam biasa. Kalau demam masih belum kebah kena datang kembali. Sistem klinik kat Jepun ni pelik sikit. Sabtu buka separuh hari dan Ahad memang tutup. Pastu klinik pula spesifik untuk penyakit (contoh: klinik untuk kanak-kanak, klinik tulang, klinik mata). Dengan kekurangan Nihongo lagi. Bagi saya agak payah nak cari klinik yang Dr fasih bahasa Inggeris di sini.

Masa ni dah risau yang amat. Dah la hari Ahad klinik tutup

Bila demam masih belum kebah, suami ke klinik semula. Maklumlah...musim influenza. Sejak 2 hari lepas suami gigih rekod suhu badan setiap beberapa jam untuk Dr membuat penilaian. Jadi bila Dr melihat turun naik suhu maka suami perlu menjalani ujian untuk influenza. Nurse mengambil sampel dalam hidung dan guna kit ujian influenza (macam kit ujian kehamilan). Sah!!Positif influenza B. Menjerit Dr "influenza!!!!!". Cepat-cepat mereka bawa suami ke bilik kuarantin dan laluan yang suami lalu sebelum ni disembur dengan alkohol. Saya yang menunggu di hadapan macam blur je. Bila nurse keluar dan maklumkan suami posotif influenza B sambil dia tepuk2 bahu saya dan kata "shinpai shinaide" - jangan risau ye...terus sebak bergenang air mata. Suami tidak boleh menggunakan laluan keluar yang sama dengan laluan masuk tadi. Risau orang lain akan turut berjangkit. Jadi nurse kena ambilkan kasut dan jaket untuk suami dan dia perlu lalu pintu lain.

Kit untuk kesan influenza. Ada band yang pudar kat B maknanya positif influenza B

Bilik kuarantin

 Setelah ambil ubat di farmasi yang terletak di sebelah klinik, suami terus berehat di rumah. Masa nak ambil ubat di farmasi, suami saya juga perlu dikuarantin. Masuk dan keluar guna laluan lain. Sistem di Jepun, klinik dan farmasi diasingkan untuk lebih efisien. Suami saya perlu kuarantin di rumah selama 5 hari dan pakai mask, rehat dan minum air banyak2. Sepatutnya saya pun perlu kuarantin tapi mustahil je sebab masih ada eksperimen. Tawakal je la. Ditambah lagi dengan perbentangan akhir yang perlu saya tempuh jadi kena bertabah dan jaga kesihatan. Ngam2 je saya habis perbentangan akhir, saya pulak yang tak sihat sampaikan suara tak keluar huhu korang semua jaga kesihatan tau di musim sejuk ni. odaijini minna san!!!

'Senjata' melawan influenza B. Cool fever, air OS, mask, ubat dan termometer

Klinik

dan farmasi di sebelah klinik


Thursday, 1 February 2018

Moh la kemas lab

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san...

Sejuk nau Sendai sekarang ni uols!!!Nak bangun pergi lab pagi-pagi memang kena kuat mental. Dilema antara tarikan kuat selimut dan teringat muka sensei kat lab. Kali ini nak kongsi salah satu budaya Nihonjin bila nak hujung tahun. Saya tidak pasti jika amalan ini dilakukan di tempat kerja yang lain. Setakat perbualan dengan kawan-kawan lain, memang sama je amalan ini. Amalan apa pulak ni la ye? 

Untuk lab saya, setiap hari Jumaat kami akan membersihkan lab, buang sampah bagai semua tu. Memang rutin. Tapi setiap hujung tahun, kami akan buat pembersihan lab secara besar-besaran. Haaa...besar-besaran macam mana la tu? Kami kena sental lantai secara MANUAL tau. Kerusi dan segala barang kena bawak keluar bilik dulu. Mula-mula tabur serbuk sabun, pastu simbah air sikit kemudiannya beruslah lantai tu secara berjemaah. Kami ulang langkah memberus ni sebanyak 3 kali. Kalau nak mengelat sikit, buat 2 kali pun dah ok. Bayangkanlah setahun punya habuk kena sental. Dah siap sental, kena lap pulak dengan kain kering dulu. Kemudian dengan kain basah pulak sampailah buih-buih sabun tidak kelihatan. Tunggu kering sebentar dan letak wax dan mop. Masa dah letak wax ni memang tak boleh pijak lantai tu. Sia-sia je pekerjaan tu. Dalam 30 minit, keringlah lantai tu. Memancar-mancar bersinar uols. Tahanlah kilauan tu selama 2-3 minggu macam tu. Biasanya adik-adik undergrad kena bersihkan tingkap yang ya ampun banyaknya. Tapi kan...memandangkan lab saya kebanyakannya lelaki, hrmmm tak sampai seminggu bersepah balik haha penat jugak la kerja pembersihan ni. Rumah saya pun takdalah nak sental sampai macam tu sekali hehe jya jom layan gambar kat bawah ni.

Pusingan pertama sental


Lepas sental



Memancar bersinar

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...