Wednesday, 26 February 2020

Jelajah Okinawa 2020

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Selamat tahun baru 2020!!! Baru-baru ini saya berkesempatan menjejakkan kaki ke salah satu wishlist saya, Okinawa. Masa menetap di Sendai sebelum ini ada juga terniat nak ke sana tapi masa dan kewangan tidak mengizinkan. Memandangkan student tengah cuti, maka dapatlah cuti lama. Saya dah beli tiket 2 bulan sebelum berlepas. Paling murah kena transit Thailand (pergi) dan Hong Kong (pulang). Masa beli tiket belum kecoh lagi mengenai virus Covid-19. Dah hampir dengan tarikh bergerak, banyak la pula kes Covid-19. Dah la transit Hong Kong. Tapi kami tawakal je. Pakai mask dan sentiasa cuci tangan. Merata juga cari mask dan hand sanitizer. Stok memang habis. Saya ganti hand sanitizer dengan tisu basah.

KLIA2

Perjalanan pergi dari KUL (AirAsia)-Don Muang THAILAND (Peach Airline)-OKINAWA. Dari Don Muang airport, kami kena naik bas ke Suvarnabhumi Airport. Dalam sejam juga perjalanan. Dapat la juga tengok-tengok bandar Thailand. Merata gambar raja Thailand, Maha Vajiralongkorn. Sampai je Suvarnabhumi Airport terus berlari untuk check in. Walaupun transit 4 jam lebih saya risau juga kalau tak sempat sampai. Ada masa lebih sementara nak tunggu penerbangan seterusnya, kami lepak-lepak dulu cari tempat solat dan makan. Di Suvarnabhumi Airport ni ada disediakan tempat solat. Selesai solat, kami cuba cari makanan yang boleh dimakan. Agak jauh juga kiosk makanan halal. Kami beli nasi dan burger untuk bekalan dalam kapal terbang.

Naik shuttle bus dari Don Muang ke Suvarnabhumi

Seat khas untuk monk pun ada

Suvarnabhumi Airport


Tempat solat di tingkat 3

Sendai steak pun ada

Tempat solat

Omiyage

Kami selamat mendarat di Okinawa dalam pukul 8 pagi. Check in AirBnB lambat lagi, pukul 3. Saja cuba nasib mesej host kot-kot la boleh check in tapi dia kata paling awal dia boleh bagi masuk pukul 12 sebab nak kena kemas. Melepek la kami kat kerusi dalam mall. Walaupun cuaca Okinawa hanya panas dan hujan sepanjang tahun tapi angin sejuk juga. Kena pakai jaket. Rumah yang kami sewa ni sangat dekat dengan stesen keretapi (3 minit jalan kaki). Dekat juga dengan supermarket. Memang strategik rumah ni. Nak check in pun agak canggih. Siap scan muka dan passport. Dapat masuk rumah, terus mandi dan tidur Zzzzz. Saya bawa bekalan makanan siap-siap dari Malaysia sebab saya dah tahu susah nak dapat makanan halal/mesra Muslim di Okinawa ni. Nantikan cerita pengembaraan kami di Okinawa di entry seterusnya. Jya mata ne!

Yay!!! Dah sampai Okinawa


Lion Okinawa


Bunga kertas

Okinawa ada satu je line subway iaitu Yu Rail


Murah!!!! Hari2 minum air Evian


Check in

AirBnB



Lengkap dan bersih

Paling senang dan kenyang


Wednesday, 1 January 2020

Imoni kai

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Bila masuk musim luruh, suhu makin sejuk yang nyaman. Best sangat nak jalan-jalan masa ni untuk tengok daun momiji dan ginko berubah warna. Kebiasaannya pada musim luruh, Nihonjin yang duduk di Tohoku akan mengadakan imoni kai (piknik sambil makan sup hot pot). Ramai yang akan piknik di luar (biasanya tepi sungai) masak sup campur kentang, ayam dan sayur yang lain. 

Imoni tu maksudnya mendidihkan taro (sejenis kentang). Sup campuran ini dimasak dalam nabe (periuk khas) menggunakan pes miso (pes kacang soya yang ditapaikan). Setiap daerah Tohoku mempunyai kelainan untuk sup imoni masing-masing di mana bahan-bahannya berbeza. Biasanya warga Malaysia di Sendai mengambil peluang cuaca elok di musim luruh untuk membakar ayam/sate di tepi sungai. 

Saya berkesempatan untuk belajar membuat imoni, onigiri dan omelet di Aobo Shimin Center (macam pusat kegiatan masyarakat). Sensei yang menganjurkan kelas masakan ini sangat peka dengan keperluan peserta Muslim dengan tidak meletakkan daging babi dan pes miso bebas alkohol sebagai bahan masakan untuk kumpulan kami. Seronok dapat belajar budaya dan masakan Jepun. Jya, jom layan gambar kat bawah ni. Jumpa lagi =) terima kasih kerana membaca.

Bahan-bahan imoni

Tiada babi

Pes miso halal

Ni la rupa imoni

Onigiri pun ada

omelette



Gyutan (lidah lembu)

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna...

Lidah lembu??!!!Apo?!! Itulah reaksi saya bila mula-mula dengar pasal gyutan (lidah lembu). Gyutan merupakan sajian yang popular di Sendai. Tapi sah-sah la kan tak halal. Mujur ada Nihonjin yang baik hati dan mendengar keluhan Muslim di Sendai yang mahu mencuba makanan popular ini. Ada satu kedai makan berhampiran dengan Sendai Eki yang menyajikan gyutan halal untuk Muslim. 

Saya tidak melepaskan peluang ini untuk mencuba gyutan. Ada pelbagai sajian gyutan samada gyutan sahaja atau bersama set nasi, sup dan kimchi. Boleh pilih nak berapa hiris gyutan. Selalunya saya pesan yang 5 hiris. Cukup untuk seorang. Rasa gyutan ni saya rasa memang sedap, kenyal-kenyal. Perapannya terasa ngam dengan gyutan tu. Jya kot-kot la korang nak menyinggah ke Sendai, jangan lupa cuba makan gyutan. Oishii!!!

Ni la rupa set nasi gyutan

Wednesday, 21 August 2019

Qasreena Cafe, Bukit Katil, Melaka

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna...

Dulu-dulu masa saya menyambung pelajaran di Matrikulasi Melaka Londang, saya pernah terdetik untuk kembali ke Melaka suatu hari nanti. Nahhhh rezeki ko dapatkahwin dengan orang Melaka hehe dapatlah balik kampung di Melaka yang banyak tempat bersejarah. Selain itu, makanan di Melaka juga sedap-sedap belaka. Asam pedas, coconut shake, ikan bakar, kuih keria wahhh 

Kali ini saya nak kongsikan kedai makan yang menjadi tempat kegemaran saya iaitu Qasreena Cafe. Kafe ini agak hipstur juga. Menu memang meletup dengan nama-nama yang catchy. Masakannya pun sedap dan harga berpatutan. Kebetulan juga kafe ini kepunyaan kawan lama pak mentua saya, kawan masa zaman uni dulu. Macam jejak kasih juga la ceritanya. 

Kafe ini di deretan rumah kedai. Tepi jalan besar

Setakat yang saya pergi makan di sini sentiasa penuh. Kadang-kadang tu kena makan di bahagian luar. Paling saya suka di sini adalah bubur tradisi yang dihidangkan dengan side dish yang sedap. Nak tau sedap ke idok makanan di sini, cubalah singgah sini bila datang ke Melaka. Pasti puas hati =) jya mata ne. Jumpa nanti di entry yang lain.



Hipstur kan nama2 menu dia




Nyaman je suasana kat sini

Fish and chips

Bubur tradisi dan kawan-kawan. Sedap

Macam biasa, lai chee kang harus order

Nasi goreng kerabu yang mantop





Tuesday, 20 August 2019

Jalan-jalan cari makan Kelantan III

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna...

Entry kali ini jadi penutup jelajah Kelantan 2019. Lepas rehatkan diri sekejap di hotel, perut pun lapar minta makan petang. Jadinya kami ke kedai Acu Tera di Pantai Sabak untuk makan makanan laut celup tepung. Tak susah nak ke sini. Guna Google Maps memang sampai tepat pada tempatnya. Agak ramai juga masa kami sampai sini. Memandangkan ada tempat lain juga nak dituju selepas ini maka kami order sikit je untuk merasa. Ikan dan udang celup tepung serta ketupat sotong untuk ditapau. Ikan dan udang memang rasa fresh sangat. Terbaik!!!



Sedap wehhh


Ketupat sotong

Lepas makan di Acu Tera, kami bergerak nak makan maggi tomyam belut di Restoran Za Maggi Belut haha perut dah sendat tapi nak cuba juga makan. Bila lagi kan hehe maggi dia pedas mencengkam anak tekak, kuah pekat padu. Ditambah dengan belut yang banyak. Rasa macam dah makan banyak tapi ada lagi belutnya. Satu mangkuk tu saya kongsi dengan suami saya. Tak larat nak perabis sorang-sorang. Lain dari yang lain la menu ni. Tak menyesal cuba.

Nampak tak belut berenang-renang dalam maggi tu

Malamnya pula kami mendapat jemputan dari kawan sekolah suami untuk singgah ke rumah dia. Lama juga dia tak jumpa suami saya. Rupanya isteri dia pengusaha lok ching dan bawang goreng. Dah la suami saya memang mencari lok ching tapi tak terjumpa pula. Memang rezeki la dihidangkan lok ching. Bersinar mata lakiku. Trip ke Kelantan ni tak sempat nak lapar. Ada je makanan yang sedap untuk dicuba. Moga ada rezeki lain kali untuk datang ke sini lagi. Jya mata ne!!!

Lok ching yang sedap

Pun sedap!! Label ni ayah dia tulis sendiri. Uniknya

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...