Wednesday, 30 November 2016

Kembara musim luruh di Nikko, Tochigi Part 3

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Wahhhh kemain lama nak sambung Part 3 huhu ok tarik nafas dan cuba ingat balik.

Di kala meredah perjalanan yang berkabus dalam misi mencari rumah tumpangan kami agak keliru dengan alamat yang diberi oleh tuan rumah. Bukan apa, dah la tak reti baca tulisan Kanji, malam2 pula tu. Pusing punya pusing jumpa la juga. Kebetulan keluarga kawan kami pun sampai pada waktu yang sama. Berjemaah la kami mencari rumah tu. Memandangkan kami sampai agak lewat, tuan rumah tinggalkan kunci di peti surat sahaja. Mula-mula saya bayangkan rumahnya sama saiz dengan rumah kami di Sendai tapi jangkaan saya ternyata meleset. Rumahnya sangat besar (kalau tengok dari luar macam kecil je), ada 2 bilik tidur, bilik mandi dan tandas (standard la mesti ada kan), ruang tamu dan dapur yang comel. Mesin basuh pun ada disediakan. Saya memang berpuas hati dengan rumah sewa ni dan kalau anda berkunjung ke Nikko bolehlah menginap di sini. Perut pun dah lapar dan penat berjalan siang harinya. Selesai makan malam, layan borak dan main-main dengan anak-anak kawan kami dan terus tidur dengan lenanya.

Owh..ada insiden masa saya nak keluarkan baju tidur suami saya. Rupanya saya tak masukkan seluar my darling haha ada baju sahaja. Terus Google mall yang berdekatan dan sangat mengejutkan ada AEON berdekatan dalam 10 minit dari rumah sewa itu. Memang strategik la rumah sewa ni.

Keesokan paginya kami ke Tobu World Square. Terletak dalam 20 minit dari rumah sewa. Ramai juga pelawat yang datang ke situ. Tiket masuk untuk dewasa adalah 2800 yen manakala kanak-kanak 1400 yen. Sebelum ke sini saya telah melayari laman web Tobu World Square ni. Di situ ada kupon diskaun untuk tiket. Cetak kupon dan tunjukkan di kaunter untuk diskaun 500 yen untuk dewasa dan 200 yen bagi kanak-kanak. Jimat duit weh. Sangat penting buat research sebelum datang ke sesuatu tempat.
Peta 3D 

Bila melangkah ke ruang pameran di kawasan terbuka terus wow nganga!!! Memang cantik dan nampak macam betul. Orang Jepun kan sangat teliti. Saya dok ralit belek hasil kerja tangan mereka. Bangunan-bangunan terkenal di dunia dalam bentuk mini tersergam indah depan kami. Ada 6 zon untuk bangunan-bangunan mini ni di mana ianya terbahagi kepada zon Asia, Eropah, Egypt, Jepun dan Jepun Moden. Tempat ni sangat luas sampaikan tak larat nak jalan tapi sebab tiket agak mahal gigihkan jua pusing semua tempat.    

Siap ada bunyi macam kat airport dan ada kapal terbang yang bergerak

Jangan tahan saya Incik Polis

Sebelum kami bergerak ke tempat seterusnya, kami singgah solat dulu. Di sini ada disediakan surau tapi kena ambil kunci di kaunter pendaftaran. Sangat jarang nak jumpa surau di Jepun ni. Selalunya kami solat di tempat parking atau tepi tangga.

Nak tau kami ke mana selepas Tobu World Square? Tunggu entry seterusnya haha (tak tau bila nak publish)

Oh my mice!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni saya nak share sikit mengenai pengalaman penyelidikan saya di Jepun. Eksperimen saya menggunakan mencit (mice) albino (bulu putih dan mata merah). Semasa perbincangan pertama kali dengan penyelia di sini, beliau sudah memaklumkan eksperimen saya akan menggunakan mencit walaupun saya ada pengalaman menggunakan sel kultur semasa Master dulu sob sob sob. Masa ni dah pasrah sebab saya lagi suka guna sel kultur. Ai is penggeli dengan segala haiwan eksperimen.

Sebelum memulakan eksperimen menggunakan haiwan eksperimen, saya harus menghadiri kursus pengendalian haiwan. Dalam kursus itu saya diajarkan bagaimana mengendalikan haiwan dengan betul. Tiada masalah besar bagi saya sebab saya pernah mengambil subjek pengendalian haiwan eksperimen semasa degree dulu dan saya pernah menggunakan tikus semasa Master. Seusai kursus barulah saya boleh masuk bilik haiwan eksperimen. 

Sistem makmal saya adalah setiap junior akan diajar oleh senior satu persatu. Senior saya mengajar saya setiap langkah sampai dia yakin saya boleh  buat sendiri. Bila dah boleh buat sendiri, saya kena memesan mencit untuk eksperimen. Lagi satu yang saya sangat suka di sini, kalau saya pesan barang hari ini, tak mustahil barang tu akan sampai esok. Cuma isi satu borang, dapatkan tanda tangan sensei pastu bagi pada pembantu sensei dan siap. Tak payah nak susah payah isi 10 helai borang pastu nak kena tunggu mesyuarat untuk luluskan pembelian pastu kena tunggu bendahari lagi pastu kena tunggu supplier lagi. Benda-benda macam ni la yang mempengaruhi mood untuk buat research. Nak Graduate on Time (GOT) lagi. Kadang-kadang sampai saya dah lupa saya pernah memesan barang tu haha (kau boleh bayangkan betapa lamanya kan). Cukup la dah rasa semua benda tu sebelum ni (nanti dah masuk kerja kena lalu lagi benda ni haha)

Saya akan share lagi mengenai mencitku pada entry yang lain. Jya, mate ne!!!

Macam buruk je kan animal house ni tapi pintu dia siap kena tekan password untuk masuk

Koridor dalam animal house

Rak untuk letak segala macam tikus

Comel tak kawan2 saya

Yang ni tugu peringatan untuk tikus. Setiap tahun ada majlis memperingati dorang. Saya tengok dari jauh je

Sunday, 27 November 2016

Komeda's Coffee yang umphhhh sedap

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Makanan halal di Sendai

Sedia maklum jika ke luar negara, antara perkara utama yang merisaukan bagi Muslim adalah makanan halal. Pilihan pertama haruslah masak sendiri. Tapi kalau dah hari-hari masak tentulah penat dan nak la juga merasa makan di luar. Ada sampai satu tahap saya tak boleh makan masakan sendiri sebab muak. Jika di Malaysia, kami suka mencari makanan2 yang sedap. Setiap hujung minggu pasti gigih mencari demi sesuap makanan haha

Di Sendai ni ada beberapa kedai makan halal seperti Naan Tandoori dan Naritaya. Ada juga kedai2 lain yang perlu penyesahan bahan-bahan yang digunakan tiada unsur yang meragukan. Baru-baru ni kami berpeluang ke Komeda’s Coffee (dalam 20-30 minit dari rumah) di Nagamachi berhampiran dengan The Mall untuk menikmati burger ikan yang diwar-warkan halal dimakan. Sanggup meredah kesejukan asalkan tak payah masak (padahal malas) haha

Hujan renyai2 menyambut kedatangan kami

Sampai saja di Komeda’s Coffee, kami terpaksa menunggu giliran kerana ramai pelanggan walhal bukan masa puncak. Sejuk la agaknya, ramai yang lapar. Bila nak memesan makanan, mata terbeliak sebab harga makanan agak murah. Kami memesan burger ikan, sandwich telur, waffle, air coklat ais dan kopi ais. Pekerja yang mengambil pesanan kami seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar haha ‘makan untuk 2 orang? Korang biar betul weh!!’. Macam tu la kot dia fikir hehe

Terliur beb air coklat ais dan kopi ais topping aiskrim vanila ni

Bila makanan sampai, kami ternganga. Patutlah pekerja tadi pandang lain macam. Rupanya saiz burger ikan dan sandwich tu besar. Tapi disebabkan belum makan tengahari maka memang habislah makanan tu semua (err mengah la juga). Dapat pulak minum air coklat ais wahhhhh memang angkat kening la. Kalau tak silap Komeda’s Coffee ni ada juga cawangan di seluruh Jepun. Kalau anda ke Jepun, jangan lupa singgah di sini.

Tengok tu betapa terbaik besarnya burger ikan dia. Memang pekerja tu tanya 2x la pesanan kitaorg haha

Monday, 31 October 2016

Kembara musim luruh di Nikko, Tochigi (Part 2)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bersambung cerita sebelum ni. Lama pula nak buat sambungannya huhu

Lepas berpuas hati dengan pemandangan di Kegon Falls, kami bergerak ke Lake Chuzenji yang hanya beberapa minit dari situ. Malangnya kami terlepas pandang parking kereta di Lake Chuzenji. Nak u-turn agak sukar sebab jalan kecil. Kami mengambil keputusan untuk terus ke bahagian atas dahulu kemudian turun kembali ke Lake Chuzenji. Kami terus ke Ryuzu Falls untuk menyaksikan air terjun yang dikatakan berbentuk seperti naga. Kami parking kereta di bahagian atas dan rupa-rupanya Ryuzu Falls sangat dekat jika kami berhenti di kawasan parking bahagian bawah. Terpaksalah menangga turun ke bawah. Semasa di check point, ada juga air terjun kecil (tak ingat nama apa). Terserempak dengan ramai pelancong berbangsa Cina dari Indonesia di situ. Kira2 10 minit turun ke bawah, barulah kami jumpa Ryuzu Falls. Pokok momiji (maple) berdekatan ada yang betul merah warnanya. Puas dah perhati Ryuzu Falls ni tang mana la bentuk naganya. Mungkin imaginasi tak cukup tinggi haha

Nampak ke idak bentuk naganya

Pokok ni je yang dah bertukar warna merah

Setelah penat menangga ke atas menuju kawasan parking, kami bergerak ke Senjogahara Marshlands. Kawasan paya ini boleh diterokai dengan laluan trail yang disediakan. Kami cuma berjalan2 di sekitar observation deck. Kalau bernasib baik boleh melihat hidupan liar dan burung2. Semasa kami sampai langit sudah agak mendung dan mentari pun tunggu masa untuk melabuhkan tirai. Maklumlah..bila nak masuk musim sejuk malam akan menjadi lebih awal padahal baru jam 4 petang. Sebelum meneruskan perjalanan, kami isi perut dulu dengan bento yang dibawa dari Sendai. Yang syoknya musim sejuk ni makanan lambat basi.

Bila perut sudah kenyang, kami teruskan perjalanan. Kononnya nak singgah di Yudaki Falls tapi kena bayar la pula untuk parking kereta. 500 yen kalau tak silap. Terus pangkah. Macam tak berbaloi je. Jadi kami membuat keputusan untuk ke Lake Chuzenji. Nasib tidak menyebelahi kami kerana cahaya matahari tidak menghadap Lake Chuzenji. Kalau berhenti ambil gambar pun memang tidak cantik sebab gelap. Maka kami tamatkan pengembaraan di daerah ini untuk setakat ini sahaja. Perjalanan turun menggunakan laluan berlainan dengan laluan naik tapi bentuknya tetap zig zag.

Lake Chuzenji

Matahari tidak memihak kepada kami untuk ambil gambar yang cantik

Jarak di antara Kegon Falls dan rumah sewa hanyalah dalam 20 minit. Cuma kami rasa agak lama kerana keadaan berkabus. Saya akan kongsikan tentang hari kedua pengembaraan kami di Nikko di entry yang lain. Jya, mata ne!
Kabus yang tebal

Wednesday, 19 October 2016

Kembara musim luruh di Nikko, Tochigi (Part 1)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Lamanya tak menulis kt sini. Sekarang ni dalam fasa musim luruh di Jepun. Daun-daun akan mula bertukar warna dari hijau ke warna kuning dan merah. Proses pertukaran warna akan bermula dari daerah utara (Hokkaido) dan turun ke selatan. Memandang pada hari Isnin baru-baru ni Jepun cuti sempena Hari Sukan, keluarga saya dan kawan sepakat untuk ke Nikko, Tochigi untuk melihat keindahan musim luruh (koyo). Kalau mengikut kalender tahun lepas, sepatutnya daun2 di Nikko sudah bertukar warna. 

Perjalanan dari Sendai ke Nikko mengambil masa dalam 3 jam lebih dengan menaiki kereta. Kalau mengikut rancangan asal, kami hanya perlu menginap di sana semalam sahaja. Akan tetapi, rumah sewa (AirBnB) yang berdekatan Nikko hanya menawarkan penginapan minimum 2 malam. Terpaksalah saya mengubah tentatif perjalanan. Pemilik rumah sewa berasal dari Filipina dan sudah menetap di Jepun selama 20 tahun. Memang Nihongo pera pera!!. Bahasa Englishnya pun amat bagus. Saya tidak mengalami masalah komunikasi dengan beliau.

Mendung sepanjang jalan. Risau hakak sebab takut gambar tak cantik

Dah sampai Nikko pun masih mendung huhu

Adalah sikit sinar harapan bila matahari menyinar kembali

Kami bertolak pagi Sabtu dalam jam 8 pagi. Sepatutnya kami akan berkonvoi dengan keluarga kawan kami. Akan tetapi anak beliau tidak begitu sihat dan kami terpaksa bergerak dahulu mengikut rancangan asal. Kawan kami akan bergerak lewat dan terus ke rumah sewa. Saya rasa sedikit risau sepanjang perjalanan ke Nikko kerana hujan turun agak lebat. Alhamdulillah bila dah sampai Nikko, hujan pun berhenti dan ada sinaran matahari. Barulah cantik nak ambil gambar pemandangan. Destinasi pertama kami adalah Kegon Falls. Untuk ke Kegon Falls, kami perlu melalui laluan berliku2 iaitu Irohazaka route sepanjang 7-8 km. Terdapat 48 bentuk pin rambut di sepanjang laluan ini. Betul2 sebelum simpang masuk Irohazaka route ni, ada penjaja yang menjual mikan (limau). Mungkin untuk menghilangkan rasa nak muntah selepas melalui laluan yang mencabar haha kami berhenti sebentar di Akechidaira ropeway observation deck untuk solat jamak Zohor + Asar dan ambil gambar. Di situ ada disediakan kaunter pertanyaan dan saya sempat mengambil peta.

Laluan naik Irohazaka route. Nampak tu laluan bentuk pin rambut. Fening juga la nak sampai atas

Pemandangan dari Akechidaira ropeway observation deck

Selesai solat dan rehat sebentar, kami meneruskan perjalanan ke Kegon Falls. Jarak dari Akechidaira ropeway observation deck ke Kegon Falls dalam 10 minit. Kami parking kereta berdekatan dengan stesen minyak Eneos. Bayaran masuk adalah 310yen. Pengunjung agak ramai ketika itu. Di kawasan luar Kegon Falls ada banyak penjaja makanan dan ole2. 

Pada mulanya saya agak kecewa kerana daun2 di Nikko belum bertukar warna sepenuhnya. Ada juga daun yang warna kuning dan merah tapi tidak sekata. Tapi apabila dah sampai di Kegon Falls, hilang segala kekecewaan tu. Cantik sangat pemandangan di Kegon Falls. Berketinggian 100 m, Kegon Falls adalah antara 3 air terjun tercantik di Jepun. Kami melihat keindahan air terjun ini di platform yang berada di luar tapi tidak begitu jelas. Kami mengambil keputusan untuk melihat Kegon Falls dengan lebih dekat di platform berbayar. Kami perlu membayar 550 yen seorang untuk menuruni platform. Dengan menggunakan lif, kami turun 100 m ke bawah. Ternganga sekejap sebab pemandangan sangat cantik. Memang wow sangat!! Terasa percikan air dari Kegon Falls. Kami bernasib baik kerana cuaca sangat cantik walaupun hujan masa paginya. Jika bertuah, mungkin boleh nampak pelangi di Kegon Falls. Di situ terdapat 2 tingkat platform dan ada disediakan khidmat jurugambar untuk angle yang cantik. Lebih kurang 1000yen lebih rasanya harga untuk sekeping gambar. Punca air Kegon Falls adalah dari Lake Chuzenji. Di sekeliling Kegon Falls terdapat juga beberapa air terjun yang kecil.     
  
Yang ni pemandangan dari luar platform

Papan tanda. Siap ada Bahasa Melayu lagi

Cantik kan?

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...