Monday, 13 February 2017

Inawashiro Lake dan Shibuki Gori di daerah Fukushima

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hai minna san!!! Lama dah tak post kat sini. Sibuk dan serabut dengan lab, paper dan macam2. Bila dah serabut macam tu moh la kita tenangkan fikiran melihat alam semulajadi. Konon nak mendamaikan hati yang bergelodak gitu. Jya, hari minggu lepas saya, suami dan 2 orang adik undergrad (UG) mencemar duli ke Inawashiro Lake dan Shibuki Gori di daerah Fukushima. Tak jauh dari Sendai ni. Dalam 2 jam perjalanan ke selatan. Mula2 agak risau dengan cuaca yang mendung. Kalau dah mendung nak ambil gambar pun tak berapa nak feel. Alhamdulillah cuaca sangat elok sepanjang perjalanan. Yang penting pencahayaan agung mesti ada dalam gambar.

Sampai saja di Inawashiro Lake iaitu tasik ke 4 terbesar di Jepun, kami disambut dengan 'kawan2' yang dikatakan hanya ada di situ pada musim sejuk sahaja. Angsa dan itik bersenang lenang di dalam tasik menunggu manusia campak roti. Kami beli roti di kedai berdekatan. Jumlah 2 plastik roti 1000 yen. Ok la tu harganya. Banyak juga pakcik tu bagi. Lain kali kalau datang sini nak bawak roti sendiri. Bilangan itik lebih banyak dari angsa. Jadi golongan majoriti ni agak agresif berebut roti. Tak takut orang pula tu. Seronok sangat dapat bagi dorang makan. Terhibur sikit hati. Hasil pemerhatian saya, ada lebih kurang 6 jenis itik berlainan spesis dan 2 jenis angsa (mungkin jantan dan betina). Adalah juga kelibat beberapa ekor burung seagull berusaha nak dapatkan roti. Owh di tasik ini ada disediakan perkhidmatan bot keliling tasik tapi kami tak naik pun. Memandangkan Inawashiro Lake ni terletak di  ketinggian 514 meter, selalu juga la berkabus.

Bot bentuk itik








Swan yang berbeza warna di paruhnya



Seterusnya kami ke Nagase River untuk melihat Shibuki Gori (ukiran ais semulajadi) yang terletak berdekatan dengan Inawashiro Lake. Dalam 10 min je. Laluan ke Shibuki Gori agak menakutkan sebab ais tebal dan ada 2-3 kereta je yang lalu. Sampai saja di pintu masuk Shibuki Gori wow ais tebal nau. Tak jumpa tebal macam ni di Sendai. Ada food truck berhampiran pintu masuk yang jual hand toast coffee. Cool sangat sebab dia sediakan kerusi dan cerek air yang dipanaskan guna unggun api untuk pelanggan dia panaskan tangan. Kopi dia pun agak rare juga. Kopi + butter? Pertama kali dengar. Suami saya kata rasanya macam minum kopi dan makan roti butter gitu. Brother kopi tu agak peramah. Tanya kami dari negara mana, student ke blabla...siap bagitau nak ke Shibuki Gori kena jalan kaki lebih kurang 20 minit.








Sepanjang perjalanan mencari Shibuki Gori, banyak pemandangan yang cantik. Tasik beku, ais di ranting pokok dan yang menariknya banyak kawasan salji masih belum dipijak. Wahhhh salji macam ni la yang saya suka. Lembut sangat dan bunyi derapan pun best. Sepanjang pemerhatian saya, laluan ni agak licin dan salji tebal. Kena pakai kasut yang tapak cengkaman bagus. Saya sendiri pun beberapa kali nak tergolek. Kalau ada kayu yang macam mendaki bukit/gunung tu lagi bagus.

Bila sampai penghujung jalan, kami ternganga. Bunyi hempasan ombak tasik dan ukiran salji semulajadi yang sangat cantik terhampar depan mata. Ditambah pula dengan latarbelakang Bandai san (Gunung Bandai). Pokok-pokok juga diselaputi ais kristal. Teori pembentukan ais di tebing tasik dan pokok berhampiran dikatakan terhasil daripada air tasik yang dibawa angin atau ombak. Salji yang berdekatan dengan tasik ni agak kasar strukturnya, macam ais batu campur.

















Nak menghayati keindahan ciptaan Allah ni lama2 pun tak terdaya sebab angin sangat sejuk. Snap2 gambar dan terus menuju ke kereta. Nak tau ke mana kami selepas itu? Tunggu entry seterusnya =) Jya mata ne.


Tuesday, 24 January 2017

~Jatuh dan bangun~

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san,

Beberapa minggu lepas Sendai sejuk sangat. Salji turun dengan lebatnya. Tambah pula dengan angin. Wahhhhhh...keras kejung weh. Apa kaitan tajuk entry kali ni pula dengan salji ek? 

Ni nak cerita, beberapa minggu lepas saya terjatuh masa menaiki tangga. Aishhh naik tangga pun boleh jatuh ke? huhu..gitulah. Naik tangga sambil berlari2 macam kanak2 riang ria gembira, tangan pula masuk dalam poket jaket (sebab sejuk). Bila kaki tersadung, tak sempat nak keluarkan tangan untuk hadapi impak maksima. Lalu dagu dan kepala mendarat jatuh menyembah tangga tu. Mujur ada orang di belakang saya yang bagitau dagu saya berdarah sampai kena tudung. Saya tengah bingung2, duduk kejap nak hadam kenyataan bahawa 'aku jatuh tangga'. Bila pegang dagu dan tengok ada banyak darah terus arrggggghhhhh...cedera teruk. Terus menuju ke tandas untuk basuh luka. Memandangkan sekarang musim sejuk, air paip pun jadi sangat sejuk. Bila kena di tempat luka tu tak terasa sakit mana, rasa kebas2 je. Darah pula tak berhenti keluar jadi jumpa sensei minta kebenaran nak balik awal.

Tangga ni la yang menyagat daguku. Ada besi kt tangga tu rupanya

Bila En Laling balik dari lab terus tunjuk dagu sambil buat muka kesian. Dia suruh ke klinik untuk sekurang-kurangnya cuci luka. Mula2 rasa berat sebab dah letak antiseptik dan rasa memang kena jahit ni kalau ke klinik (takut kena jahit sebenarnya haha) Kami ajak kawan yang pandai cakap Nihongo untuk jumpa doktor. Maklumlah bukan semua doktor kat sini yang eigo pera pera (fasih English). 

Pencarian klinik di Jepun ni agak sukar sebab kebanyakkannya hanya buka masa waktu bekerja sahaja. Setakat luka macam ni takkan la nak ke hospital. Klinik pertama berdekatan dengan rumah tak nak merawat saya kerana mungkin dah nak tutup. Nurse di situ mencadangkan kami ke klinik lain dalam 20 minit dari situ. Ok ikutkan saja. Susah juga nak cari klinik tu. Hampir berputus asa dan nak balik rumah je. Akhirnya jumpa la juga. Klinik ni macam untuk pesakit luar. Buka sampai 11 malam. 

Kebetulan doktor yang bertugas eigo pera pera sebab pernah bertugas di Kanada selama setahun. Gembira dia dapat cakap eigo haha siap tanya lagi kenapa eigo saya bagus (pffffttt padahal biasa je pun). Saya cakaplah 'English is my second language'. Wahh gitu hehe doktor kata dagu saya perlu dijahit. Whatttt???? Banyak kali saya tanya perlu ke jahit, sakit ke, guna benang ke stapler je, bius ke haha penat dia nak jawab. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk dijahit. Sebelum kena jahit doktor bius dulu. Sakit woo huhu dapatlah 3 jahitan. Mahal juga bil yang perlu dibayar. Mujur kami di sini diwajibkan ambil insurans kesihatan. Esoknya saya perlu follow up untuk doktor buat keputusan bila akan buka jahitan dan saya perlu datang kembali minggu hadapan.


Selipar klinik yang akan di UV sebelum pesakit pakai

Makan bubur je la malam ni

Mesin periksa tekanan darah . Kena buat sendiri dan bagi keputusan tekanan darah kat nurse
Pengajarannya: janganlah dok poyo berlari2 nak naik/turun tangga sambil masuk tangan dalam poket. Nampak cool tapi kalau dah jatuh terus ouchhhh sangat. Sekarang ni saya amat berhati2 semasa berjalan. Nak pula masa salji turun lebat. Ok minna san, hati2 selalu.

Monday, 23 January 2017

Fuyuyasumi di Iwate ken Part II

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hai minna sama..genki? Di Sendai la ni salji sedang giat turun. Ada la pemandangan warna putih sehari dua. Lepas tu jalan dok kotor sebab ais sudah cair dan banyak kesan tayar kenderaan. Sejuk juga la tahun ni. Entry kali ni nak sambung kisah jalan2 ke Pantai Jodogahama, Iwate.

Sejurus berpuas hati dengan hempasan ombak di Shiofukiana tu, perut pun dah bergendang2 minta diisi. Patut pun. Dah tengahari. Kalau tengok peta ada tempat parking di bawah sikit dari parking No 1. Rupanya tempat tu adalah macam ala2 hentian untuk org tunggu bas. Kami balun je parking kereta di situ dan makan tengahari. Lapar punya pasal. Syok juga makan sambil2 tengok pemandangan laut dan burung2 seagull.




Air pantai dan daratan

Seusai makan, kami berjalan kaki dalam 3 minit ke arah pantai. Banyak burung seagull menanti. Terdapat kedai cenderamata dan kafe berdekatan kalau nak membeli makanan burung iaitu keropok udang. Sambil bagi burung makan, boleh ngap sikit masuk dalam mulut sendiri =) burung seagull di sini pantang ada orang baling keropok. Menderu2 datang. Terhibur juga tengok gelagat burung seagull. Walaupun cuaca cerah tapi angin pantai yang singgah di pipi wahhhhh sejuk yang amat. Menurut kawan saya yang pernah ke sini masa musim panas, boleh mandi di pantai ni. Masa tu pun air rasa sangat sejuk, kalau mandi masa musim sejuk ni lagilah sejuk. Sempat la masukkan tangan sikit. Memang tak la nak mandi huhu sejuk!!!!!









Sebelum ke destinasi seterusnya, kami solat dulu di tempat parking kereta tadi. Destinasi seterusnya mengambil masa 2 jam. Memang dah agak tak sempat nak sampai sana sebelum gelap tapi cuba je la lalu sebab memang laluan balik ke Sendai. Sampai je dah gelap gelita. Singgah solat je la. Lain kali ada rezeki boleh datang lagi ke sini. Jya mata ne!


Fuyuyasumi 2016 di Iwate ken Part I

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar minna san? Kejap je rasanya dah masuk tahun baru. Tak terkejar dengan kepantasan masa (ke diri sendiri yang lambat) haha kat Jepun ni kalau masa musim sejuk ada fuyu yasumi (cuti musim sejuk). Jadi sekolah kami pun ada cuti sempena musim sejuk dan tahun baru (29 Disember 2016-3 Januari 2017). Tapi saya kena datang lab juga sekejap2 sebab ada tikus2 menanti. Takdalah feel sangat cuti huhu 

Memandangkan hari Sabtu dan Ahad tak payah datang lab jadi kami dan beberapa warga Sendai berkomplot untuk berjalan2 ke daerah Iwate yang terletak di utara Sendai untuk melihat pemandangan pantai. Pagi2 buta uols kami kena bergerak memandangkan perjalanan mengambil masa dalam 4 jam dan bila musim sejuk malam akan menjadi lebih awal. Pukul 430 petang dah Maghrib. Dah gelap nak tengok apa pun tak boleh.

Destinasi tujuan kami adalah Pantai Jodogahama yang letaknya di bandar Miyako, daerah Iwate. Selalunya kalau kami nak berjalan2 ke suatu tempat, kami akan buat research yang mendalam tentang tempat tu. Contohnya ada lagi ke tempat2 menarik yg berdekatan, tempat makan halal dan sebagainya. Maklumlah dah la jauh jadi kalau boleh sekali harung, kita pulun je. 

Untuk ke Jodogahama tu kami melalui laluan pantai di Miyako. Mula2 dok pelik juga kenapalah pokok2 di tepi pantai tu banyak yang dah tercabut dan ada yang akar dah terkeluar. Rupanya Miyako adalah salah satu kawasan yang terbabit dengan Typhoon No. 10 pada 31 Ogos 2016. Sepanjang jalan kami ternampak 3-4 kereta tersadai di dalam sungai. Tak sempat nak snap gambar sebab dok wow je. Dasyat sungguh.


Nampak tak banyak pokok-pokok yang tercabut akar sebab kena taufan

Kami sampai di Jodogahama tu dalam pukul 1030 pagi. Ada beberapa tempat parking di aras yang berbeza. Kami naik yang bahagian atas dulu di Shiofukiana untuk melihat hempasan ombak yang akan menghasilkan pancuran air macam ala2 ikan paus bernafas tu. Ada trekking bertangga dan kami perlu turun dalam 100 meter. Bila turun, sekali lagi kami wow....cantik sangat pemandangan pantai. Air sangat jernih dan kami bernasib baik sebab cuaca sangat cantik. Keliru juga sebab sekarang musim sejuk tapi macam musim panas pulak bila tengok balik gambar yang kami snap. Layan dulu la gambar tempat ni.





Batu kat belakang tu la tempat ombak hempas dan menghasilkan hembusan bak nafas ikan yu gituu






Sunday, 25 December 2016

Anak dara tak pandai masak

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Konnichiwa minna san!

Entry kali ni nak citer mengenai kepentingan membantu emak membuat kerja dapur dari kecil. Dulu2 saya memang anak yang pemalas yang amat. Jarang la nak tolong mak memasak kat dapur. Cuma tolong basuh baju, jemur baju, sapu sampah sikit2 dan ke kedai beli barang. Bila hari minggu, bangun tido tau2 je dah ada sarapan. Pastu tengok TV. Alih2 dah tengahari. Mak kt dapur dah siapkan makan tengahari. Makan lagi. Kalau agak2 mengantuk tido ternak lemak. Bila masuk asrama dan uni jarang ada di rumah. Balik 2 minggu sekali. Mak memang akan masak makanan kegemaran saya. Ternak lemak lagi. Bila masa nak belajar masak sebab mak masak lagi sedap haha korang jangan malas macam saya tau.

Saya memang tak pandai masak hatta masak nasi sekali pun haha kronik sungguh. Bila ada boipren (incik suamiku), kenkonon dia nak la rasa masakan saya. Makanan pertama yang dia nak saya masak adalah cekodok. Whattttt!!!! Cekodok? Adalah masak entah berapa kali entah untuk makan sendiri je. Tu pun liat2 macam nak tercabut gigi mengunyahnya. Gigih la saya masak untuk dia. Siap suruh dia makan sorang2 dalam kereta. Jangan makan kat rumah sewa dia haha bila saya tanya macam mana rasanya. Dia kata tak macam mak dia buat haha mak dia buat bentuk bulat2. Cekodok saya datang dalam pelbagai bentuk. Mesti dia nak komen lagi tapi kenalah jaga hati girlfriend dia kan.

Sejak tu saya berazam nak belajar memasak. Beli pelbagai majalah masakan untuk upgrade skill. Bila dah berkahwin lagilah tinggi keazaman untuk menawan perut suami. Ketika itu dah banyak blog2 masakan yang berkongsi resepi dan tips masakan macam Mat Gebu, Citarasawan, Masam Manis. Suamilah yang jadi Quality Controller untuk setiap masakan saya. Pelbagai masakan yang dulunya saya rasa macam mustahil je boleh masak telah saya cuba buat. Kalau dulu buat nasi goreng pun dah gah rasanya haha

Pernah saya bagitau suami, kalau saya tau yang saya suka memasak dan baking sejak dulu lagi saya tak menceburi bidang kerja sekarang. Nak berhenti ada kontrak pulak huhu bolehlah kalau setakat nak jadikan hobi dan pendapatan sampingan. 

Minna san, pesan saya kalau anda tak pandai memasak tak apa. Bukan satu kesalahan besar pun. Boleh belajar dan lama2 mesti pandai. Janji jangan mengalah dan malas. Terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi nanti. Jya, mata ne. Jom layan gambar masakan saya di Nihon.

Bubur lambuk, puding roti dan onde2 traffic light

Kuih nona manis

Cendol

Popia sayur

Nasi lemak rendang ayam

Biskut bangkit cheese

Kek coklat cheese, kek coklat dan kek butter

Brownies kedut

Roti titab

Bubur pulut hitam

Kek Russian Black & White

Karipap

Bihun sup

Cheese cake

Monday, 12 December 2016

Jumpa ulam macam jumpa emas

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Tahun 2016 hampir melabuhkan tirainya. Cepat je masa berlalu. Di Sendai sekarang tengah musim salji. Salji pun macam segan silu nak turun. Kadang tu mizore (salji + hujan) yang turun. Kadang tu masa malam salji turun tak berhenti tapi cair bila masa siangnya. Saya pun tak suka salji sebab sejuk nau dan payah kot nak bangun tidur haha

Yang saya perasan bila musim sejuk mesti ada sayur ni iaitu shikaku mame (kacang botol). Bulat mata dan ternganga mulut bila tetiba nampak kacang botol dijual di pasar. Apa lagi, ambil 2-3 bungkus la. Saya dan suami memang pemakan ulam tegar tapi mana la nak jumpa ulam kt sini. Asyik-asyik salad dan timun je. Harga kacang botol ni pun agak murah. 250 yen je. Kalau convert ke RM memang rasa tak beli la. Perangai convert ke RM dah lama buang ke lautan dalam. Mula-mula datang Jepun memang dok convert ke RM je. Dok fikir berbaloi ke beli padahal air mineral je. Bila dah lama tu redha je la memang tu harganya haha

Terus beli dan orang Jepun yang beratur depan saya kata kacang botol ni omoshiroi (menarik)

Masa balik bercuti ke Malaysia aritu sempat singgah pasaraya dan nampak momo (peach) dari Jepun. Sekali lagi ternganga tengok harga yang memang tak akan ku beli la momo tu. Yosh!! Jadi sebelum balik ke Malaysia for good akan ku bedal makanan di Jepun yang mahal kalau beli di Malaysia (sushi, momo, strawberi, salmon). 

What!!!!! Mahal yang amat. Mampu tengok je la




~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...