Tuesday, 6 August 2019

Warung Che Bunga, Sungai Buloh

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Sejak balik Malaysia hujung bulan 2 hari tu agak galak jalan-jalan cari makan. Maklumlah...dah lama mengidam tapi ku pendamkan rasa itu haha gigih cari kedai-kedai makan yang menyajikan juadah impian. 

Kali ini saya nak kongsikan kedai makan selera Pantai Timur iaitu Warung Che Bunga yang terletak di Sungai Buloh, Selangor. Ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi khao mok, nasi ayam percik, roti sangkaya dan pelbagai juadah yang yummeh. Kalau teringin nak makan roti canai pun ada. Menu air pun mantap jugak. Saya minum matcha milk tapi agak kurang gemar sebab tak rasa macam matcha milk Jepun. Lebih kepada matcha milk Thailand. Tapi ok je boleh layan. Banyak pilihan weh...memang tak menyesal makan di warung ni. Semua sedap belaka. Harap-harap berat badan tak naik mendadak lepas ni hehe jom layan gambar kat bawah ni. Jya mata ne. 

Nasi Che Bunga (macam nasi kak wok)

Nasi kerabu dah lama mengidam

Matcha dan teh tarik madu

Mujur datang awal pagi. Ni dalam pukul 10 pagi

ada jugak akok, roti golok

Nasi kerabu dan nasi dagang 

Sedap weh kerabu sare ni

Friday, 19 July 2019

Sushi

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

(Entry ini sudah lama ditulis tapi lupa nak publish hehe tahun 2016 uols) Alhamdulillah dah masuk minggu ketiga di bulan Ramadhan tahun ini. Cuaca di Sendai masih tak berapa panas. Hujan je beberapa hari ni tapi kan hujan kat sini bukan tahap lebat sampai banjir. Renyai2 je. Ramadhan tahun 2016 panas yang amat (dalam seminggu). Masa tu kemuncak musim panas. Memang menguji betul.

Entry kali ni nak share mengenai makanan yang signifikan dengan Jepun iaitu sushi. Ramai senpai (senior) yang kata sushi Jepun dan Malaysia sangat beza dari segi rasa. Kat Jepun memang win 200% la. Mengikut pengalaman, saya cuma pernah makan sushi di Tesco dan AEON je. Memang beza la rasanya. Harga sushi di Jepun ni agak murah dalam range harga 100 - 300 yen mengikut jenis sushi (murah kalau tak convert ke RM hehe). Selalunya saya ke Kirara sushi (hanya ada di Sendai), Kura sushi dan Hamazushi. Ada juga kedai sushi yang agak mahal harganya tapi memang sedaplah. 

Banyak menu sushi yang boleh dipilih samada yang tidak dimasak, separa masak dan masak. Saya selalu pilih yang separa masak dan masak. Yang tidak dimasak tu memang faveret lakiku. Letak soyu (kicap cair Jepun) dan wasabi, layan sungguh la dia. Antara sushi yang ada dijual adalah seperti sushi salmon, unagi (belut), telur, tuna salad, jagung, kujira (ikan paus), ikan saba, ketam, udang dan macam2 lagi. Rambang mata weh untuk peminat sushi. Kebanyakan kedai sushi mempunyai sistem sushi yang diletakkan di atas conveyer belt bergerak. Jadi sushi2 tu akan lalu setiap pelanggan dan boleh terus diambil. Pelayan akan kira harga sushi berdasarkan jumlah pinggan. Setiap pinggan ada berlainan warna melambangkan harga sushi. Kalau kita nak makan sushi yang tiada di atas conveyer belt tu boleh terus order. Selain sushi, ada juga menu lain yang ditawarkan di situ seperti nasi, udon, soba, sup, kek, aiskrim, air panas (kopi, coklat) dan air sejuk berperisa. Air kosong dan air teh hijau diberikan percuma dan boleh minum sampai perut kembung hehe

Taikama yang sedap

Aji furai (ikan aji goreng)

Sushi telur tempura

Sushi hotate. Btw halia jeruk tu sedap sangat

Monday, 3 June 2019

Mari belajar masak manju

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san,

Sejak hujung Februari lepas saya sekeluarga secara rasminya telah kembali menjadi warga Malaysia tanahair tercintaku =) suami saya telah selamat menghabiskan pengajian dan telah ku katakan sayonara Nihon. Banyak pengalaman pahit manis hidup di negara orang yang boleh dijadikan panduan. 

Memandangkan saya bercuti tanpa gaji mengiringi suami (pengajian saya 3.5 tahun dan suami 4.5 tahun), maka saya perlu mencari pelbagai aktiviti untuk memenuhi masa. Saya mencari maklumat mengenai aktiviti-aktiviti ni semua di Sendai International Relations Association (SIRA). Pihak SIRA ada menyediakan khidmat jurubahasa (English, Mandarin, Korea dan beberapa bahasa lain) secara percuma. 

Selain SIRA, shimin centre (macam pusat aktiviti untuk penduduk) ada menawarkan pelbagai kursus dan aktiviti secara percuma seperti kelas Nihongo, kelas memasak, seminar mengenai Jepun dan lain-lain. Selain dapat ilmu, dapat juga kawan-kawan baru dari pelbagai negara. Saya sempat belajar Nihongo sehingga level 3 dan Kanji level 1.

Dan kebetulan juga kami menyewa di asrama universiti yang mana ramai pelajar antarabangsa. Ye la...duduk di negara orang, kena ambil tahu sistem mereka. Jadi pihak universiti banyak menganjurkan aktiviti yang banyak membantu kehidupan seharian di Jepun. 

Salah satu aktiviti yang saya suka sangat sertai adalah kelas memasak hehe percuma je. Memang rugi kalau tak sertai. Saya berkesempatan menyertai kelas membuat manju. Tekstur macam kuih pau inti kacang merah cuma sedikit manis di tekak saya. Sensei yang mengajar adalah pemilik kedai manju yang terkenal di Sendai. Agak mudah cara pembuatannya. Kebanyakan masakan Jepun mempunyai kandungan yang tidak halal seperti alkohol, mirin dan lemak haiwan. Jadi penganjur biasanya peka tentang peserta Muslim dan menggunakan bahan-bahan yang mesra Muslim. Jya jom layan gambar kat bawah ni =) jumpa lagi di entry seterusnya.

Resepi


Yang ni sensei buat. Comel je

Yang ni team saya buat =)


Sila duduk, jangan lari !!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Rasa sekejap je dah masuk akhir Ramadhan. Tahun ni seronok yang amat sebab berpeluang berpuasa di Malaysia setelah sekian lamanya di Jepun. Masa di Jepun, waktu sahur dalam pukul 230 pagi dan berbuka lebih kurang dalam pukul 630 petang. Lepas sahur memang kena tidur sebab awal lagi nak pergi lab. Setiap kali bulan Ramadhan mesti jatuh pada musim panas lit lit. 

Kali ini saya nak cerita mengenai hari kesedaran nombor kecemasan di Jepun anjuran pihak polis Sendai dan kaikan Universiti Tohoku. Program ini dijalankan agar ramai penghuni kaikan (hostel) terutamanya pelajar luar negara ambil maklum mengenai nombor telefon polis jika berlaku kecemasan. Ramai pegawai polis serta wartawan datang untuk program ini. Siap ada maskot polis Sendai (Miyagi kun) dan kereta polis (Toyota Crown). 

Poster

110 untuk telefon polis


Miyagi kun

Yang menariknya ada role play di mana seorang pelajar luar negara kehilangan basikal. Dia berlakon telefon polis dan ada operator yang boleh berbahasa Inggeris. Ada peningkatan sebab selalunya memang kena bawa translator kalau nak berurusan dengan polis. Dia berlakon dari A-Z tau, sampai dia dapat balik basikal tu. Bukan besha besha la lakonan dia.

Gaijin tu hilang basikal



Yang sebelah kiri pakai mask tu adalah penjenayahnya

Ramai polis dan wartawan yang turun

Lagi satu aktiviti menarik ialah dapat merasai naik kereta polis yang gah tu. Selalu memang ketar bila kereta polis meronda hehe saya berpeluang guna pembesar suara dalam kereta polis. Osem weh!!! Terasa macam polis pula hehe 


Hensem la awak



Saya berpeluang bertanya kepada pegawai polis, kenapa dia menjadikan polis sebagai kerjaya (polis tu perempuan). Dia jawab dia rasa gembira dapat tolong orang dan bila orang cakap terima kasih, dia rasa wahhhhh bestnya. Lebih kurang macam tu la. Lagi satu soalan, bila dapat tangkap penjenayah, macam mana nak bawa dia ke balai guna kereta polis. Dia terangkan penjenayah akan duduk di belakang diapit dengan polis kiri dan kanan. Kalau ada 2 atau lebih penjenayah maka kena naik kereta polis yang lain. Jadi 1 penjenayah, 1 kereta. Macam tu la kaedahnya. Tapi...kadar jenayah di Sendai agak kurang. Balai polis pun kecik comel je. Jya, jumpa lagi di entry yang seterusnya (harap2 rajin menulis)

Tuesday, 16 April 2019

そうべつかい (soubetsukai, majlis perpisahan) 2019 warga Sendai

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna..

Rasa macam sekejap je 4.5 tahun berlalu. Saya sekeluarga bermastautin di Sendai, Jepun sejak Oktober 2014 hinggalah Mac 2019 sebagai penuntut Universiti Tohoku. Banyak pengalaman pahit manis kami harungi bersama di sini. Sedih rasa masa nak tinggalkan Sendai. Saya amat bersyukur dikurniakan peluang untuk merasa pengalaman hidup di negara orang. Jumpa banyak kawan baru dari pelbagai bidang dan ilmu baru. Bagi saya, Sendai adalah bandar selamat dan aman damai. Saya nak duduk di Malaysia tapi suasana macam Sendai =)

Keluarga Malaysia di Sendai makin surut bilangannya kalau nak dibandingkan dengan 4 tahun yang lepas. Kebiasaannya kami akan menganjurkan majlis perpisahan (soubetsukai) untuk graduan yang telah menamatkan pengajian dan akan pulang ke Malaysia (konvo bulan September dan Mac). Tahun ini suami saya dan beberapa rakan yang lain diraikan dalam soubetsukai. Seperti biasa, menu masakan adalah gabungan tenaga potluck. Jom layan gambar-gambar di bawah ni =)

Macam biasa, saya tokey kek

Burger Malaysia tu memang rare

Nasi ayam ulam kobis

Kek order dari Iwate kalau tak silap

Para graduan yang sudah tamatkan pengajian

Tinggal ni je keluarga Malaysia di Sendai



Halal Wagyu Panga, Tokyo

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna...

Nak makan daging grill yang sedap, cair di mulut dan akan selalu teringat-ingat kelazatannya? Di Tokyo, ada satu kedai halal yakiniku (daging grill) yang menggunakan daging wagyu gred A5 yang semestikan akan membuatkan anda melayang-layang di udara dengan rasanya. Wagyu membawa maksud Wa = Jepun dan Gyu = lembu. 

Nama restoran yakiniku tersebut adalah Yakiniku Panga yang terletak di Taito, Tokyo. Panga bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong Muslim malah penduduk Jepun juga. Sepanjang saya di Jepun selama 4.5 tahun, adalah dalam 3-4 kali saya menjamu selera di sini. Mujur Sendai sangat jauh dari Tokyo. Jika tidak, memang setiap minggu akan ke sini hehe

Kali pertama saya makan di sini, rasa agak noob sebab saya pesan set daging yang sedikit dan sup. Bila datang je set daging tu, wahhhhh cantik dan nipisnya dia potong daging ni. Bau daging yang diperap lalu digrill memang menusuk hidung wehhh..Masuk je mulut, daging tu boleh cair dan terus hilang =) Sedap yang amat tak tergambar dengan kata-kata.

Sejak kena penangan Yakiniku Panga, kalau ada urusan di Tokyo pasti saya akan singgah makan di sini. Pilihan set daging bergantung kepada jumlah orang. Biasanya saya akan ambil set yang harganya lebih kurang 10000 yen (untuk 2 orang makan). Bukan apa...alang-alang dah sampai, baik ambil set yang boleh memuaskan tekak dan perut. Untuk set ini, chef akan grillkan daging yang pertama dan terakhir. Daging yang pertama agak tebal (tapi sedap!!!) dan akan dicelup dalam mentega bercampur dengan bawang putih. Daging yang terakhir pula akan digrill dan dicelup dalam telur. Slurppp sedap sangat. Ni tengah taip pun dah boleh terbayang-bayang kesedapan wagyu di Yakiniku Panga. Jya, kalau anda singgah Tokyo jangan lupa untuk ke sini supaya boleh jadi geng saya sebagai peminat tegar Yakiniku Panga. Pasti anda tidak menyesal cuma masa nak bayar tu mungkin menggigil sikit nak keluarkan duit hehe moh layan gambar yang boleh menjejes air liur. Jumpa lagi di lain entry.

daging yang pertama. grill dan celup dalam mentega

sidedish kimchi

set daging



yang ni set yang paling mahal. sekali sekala bolehlah

Friday, 4 January 2019

Sendai Pageant of Starlight

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna...

Kali ini nak berkongsi cerita mengenai Sendai Pageant of Starlight. Setiap hujung tahun kebanyakan bandar di Jepun akan diterangi dengan lampu yang banyak di jalan utama. Tahun ini seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Sendai juga dilimpahi dengan lampu yang menarik di sepanjang jalan Aoba dori dan Jouzenji dori dari 14-30 Disember 2018. Memandangkan pukul 4 petang pun dah gelap, lampu mula dipasang pada pukul 530 petang sehingga 11 malam. Sebanyak 600,000 lampu kecil digantung pada pokok. Biasanya saya ke sini samada berjalan kaki atau pun naik bas. Jalan memang sangat sesak dengan kenderaan dan parking pun penuh. Seronok jalan kaki sambil tengok lampu yang cantik. Cuma tak berapa seronok kalau salji turun hehe 10 minit pun dah cukup lama nak menikmati lampu cantik tu. Sejukkkkkk....Di samping itu, ada juga gerai kecil tepi jalan yang jual street food. Tahun ni ada gerai kebab halal. Jom enjoy tengok gambar kat bawah ni =) Mata ne!!!



Snow tengah turun masa ni


Reflection lampu kat bangunan


Yang ni masa tahun 2017. Sesak teruk

2017 juga. Kat pokok ni ada satu lampu warna pink. Siapa2 yang nampak kononnya akan bertuah di masa hadapan

Lampu dimatikan dan dihidupkan semula untuk elemen surprise gitu =)

Ice rink


~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...