Tuesday 9 May 2017

Barangan halal di bumi Jepun

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Salah satu kebimbangan orang Muslim jika ke negara yang bukan majoriti Muslim adalah mencari makanan/minuman halal. Ye..dulu masa mula-mula di Sendai agak kekok sebab tak biasa. Mujur ada ramai senpai yang tolong beri tunjuk ajar. Makanan pertama yang saya makan masa di bumi Sendai adalah set nasi + ikan salmon di Marumatsu. Nasiblah tekak dah biasa makan ikan salmon jadi boleh je terima. Makanan Jepun sangatlah pelbagai dan nampak menyelerakan namun zannen...banyak yang tak halal. Telan air liur je la. Makanan di restoran Jepun yang boleh dimakan tanpa was was adalah makanan laut (ikan, udang, sotong), sayur dan bukan dari sumber binatang selain makanan laut. Bila jumpa je kedai makan yang ada label halal, memang bersinar mata. Maklumlah..hari-hari makan bento masakan sendiri. Tuan badan pun dah muak sangat, tak lalu nak makan.

Bekalan ayam dan daging halal Alhamdulillah tiada masalah setakat ni. Boleh beli di Gyoumu supa, Satoh Shokai supa, Costco dan melalui online seperti Baticrom. Di Sendai ni ada satu kedai runcit halal (Majumder) yang dibuka oleh orang Bangladesh yang telah menetap di sini lebih dari 20 tahun. Banyak pahala dia bantu mudahkan komuniti Muslim di sini.

Ayam bertulang halal di Costco

Selain itu saya banyak gunakan aplikasi GoogleTranslate untuk membaca isi kandungan makanan/minuman. Banyak makanan/minuman yang menarik tapi sayang...selalu ada alkohol, mirin, lemak haiwan, emulsifier dari haiwan. Sabar je la huhu Jepun akan menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2020. Jadi banyak makanan dan barangan halal sedang dipergiatkan bagi memenuhi keperluan atlet Muslim dari seluruh dunia yang akan datang ke Jepun nanti. Alhamdulillah...moga-moga usaha ini akan menarik perhatian pelancong ke Jepun. Jya...setakat ni saja perkongsian saya. Mata ne!

No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...