Wednesday 24 May 2017

Cuti Golden Week 2017 di Nagano

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Di Jepun ni ada beberapa cuti panjang. Salah satunya Golden Week. Masa ni la nak berjalan pusing Jepun mencari kedamaian, nak lunjur2 kaki setelah penat mental dan fizikal mengadap keje kat lab. Tahun ni saya ke Nagano dalam misi mencari snow wall di Tateyama, Nagano. Memandangkan Nagano di kawasan gunung ganang dan cuti panjang pulak tu, agak susah nak cari rumah tumpangan. Ciri-ciri rumah tumpangan yang saya cari adalah ada peralatan dapur yang basic dan ada parking kereta sebab saya travel dengan kereta. Cari punya cari dapatlah 1 rumah tumpangan di daerah Sanada, Ueda, Nagano. Rumah ala2 resort ada dua bilik tidur, dapur, ruang tamu pun besar. Kali ni saya travel dengan geng Sendai yang ada 2 anak kecil. Sesuai sangat nak main2 di ruang tamu besar tu.
Dapur yang lengkap



Bilik atas

Perjalanan ke Nagano dari Sendai mengambil masa dalam 4 jam. Disebabkan kedai makan dan konbini agak jauh jadi kami masak je. Menu senang2 je, nasi goreng hehe janji kenyang. Hari kedua, kami ke Tateyama Alpine Route yang menyambungkan Nagano dan Toyama. Terletak dalam sejam lebih dari rumah tu. Tateyama Alpine Route ni adalah taman negara dan dorang memang pelihara betul2. Hanya dibuka pada 15 April hingga 30 November 2017. Waktu operasi dari pukul 10 pagi - 3 petang. Untuk naik ke puncak, kami kena park kereta di bahagian bawah dan naik ke stesen Ogizawa dengan shuttle bus yang disediakan. Di stesen Ogizawa, kami perlu ke stesen seterusnya (Kurobe Dam) dengan menaiki Kanden Tunnel Trolley Bus yang menggunakan kuasa elektrik agar kawasan ni bebas asap kenderaan. Laluan sejauh 16 min ni merentas Gunung Akazawa-dake (tinggi 2678 meter). Kanak2 bawah 12 tahun percuma je. Kurobe Dam adalah empangan berbentuk gerbang tertinggi di Jepun. Masa kami di situ, air empangan tidak dilepaskan tapi pemandangan sangat cantik. Ditambah pula dengan salji yang masih ada walaupun dah masuk musim bunga. Ada juga aktiviti ski dan mendaki gunung di sini.

Kurobe Dam



Dah puas ambil gambar dan menghayati pemandangan di Kurobe Dam, kami kena berjalan kaki agak jauh (dalam 15-20 minit) untuk ke stesen berikutnya (Kurobeko). Dari Kurobeko, kami naik ke stesen Kurobedaira menggunakan Kurobe Cable car. 5 min je nak ke atas tapi kena beratur panjang. Maklumlah cuti Golden Week. Seterusnya nak ke Daikanbo kami kena naik Tateyama Ropeway. Yang ni lagi lama menunggu. Dalam sejam lebih jugak la padahal nak ke sana tu dalam 10 min je. Sempat makan dulu dan keluar ke observation deck untuk melihat gunung berhampiran yang diseliputi salji. Tapi salji dah keras. Tak best pijak. Licin sangat. Destinasi terakhir yang ditunggu2 adalah Murodo. Kami merentas Gunung Tateyama dengan menaiki Tateyama Tunnel Trolley Bus. Kat sini ada snow wall (Yuki no otani) yang berketinggian 20 meter. Osem la sebab boleh berjalan di tengah snow wall tinggi. Kalau nak terus ke Toyama, boleh naik Tateyama Highland bus. Tapi kami patah balik ke jalan pergi tadi. Balik rumah terus gantung kaki. Cramp, sakit lutut, sakit badan semua adalah haha tapi sangat berbaloi dengan pemandangan yang cantik.

Dari observation deck di Daikanbo

Yuki no otani



No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...