Thursday 25 May 2017

Chibikko Ninja Mura, Nagano

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san!!!

Saya nak teruskan review tempat yang saya sempat singgah masa cuti Golden Week tempoh hari. Jepun ni kan sinonim dengan ninja kan. Jadi kitaorang geng jalan Sendai ni terjah satu tempat latihan untuk ninja (haaa gitu..) yang terletak di Togakushi, Nagano. Nama tempat ni Chibikko Ninja Mura (Kids Ninja Village). Tempat ni dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang bermula April hingga November. Awat tutup pulak bulan Disember? Sebab tempat ni kat atas bukit nun pastu tak sesuai nak buat aktiviti2 memanjat bagai masa musim salji. Bayaran masuk hanyalah 500 yen. Murah tu. Kot2 nak fefeeling jadi ninja, boleh sewa baju ninja di sini. 

Kawasan Ninja Mura ni bersebelahan dengan onsen (air panas) dan ski jo (tempat main ski). Masa kami sampai memang ramai orang sampai jalan jam. Kena jalan kaki jauh sikit dari parking kereta tapi ok je sebab laluan landai. Bila dah sampai, motivasi jatuh merudum sebab beratur pannnnnjaangggg sangat. Nak give up tak boleh sebab dah sampai. Jadi beratur je la. Mujur laju je barisan bergerak. Takdalah sakit kaki berdiri. Penat naik Tateyama pun belum hilang lagi huhu

Fuhhh...lega dah nak sampai kaunter tiket

Berdekatan dengan kaunter tiket ada kedai cenderahati. Macam2 benda dijual. Seperti biasa, saya kan cari fridge magnet dan key chain yang menarik. Encik suami berkenan dengan cawan ninja yang unik. Mainan pun banyak dijual. Bahaya untuk poket mak bapak haha 


Seterusnya kami tengok2 aktiviti yang boleh kami sertai di sini. Ada banyak aktiviti yang mencabar kemampuan bakal ninja kecil seperti merentas sungai guna tayar (tarik tali sendiri untuk bergerak), ala2 flying fox, memanjat tali dan macam2 lagi. Kebanyakan aktiviti dicipta khas untuk kanak2. Kitaorang yang dewasa ni rasa seronok tengok budak2 comel buat aktiviti. Ada yang terlebih berani, ada yang takut2 tapi terlebih seronok bila berjaya selesaikan aktiviti. Tapi kebanyakan aktiviti di sini perlukan pemantauan ibu bapa kerana aspek keselamatan agak kurang (berdasarkan pemerhatian saya). Budak2 Jepun ni mengikut arahan dan memang tiada masalah buat sendiri semua aktiviti dengan pantauan mak pak dorang. Di sini juga ada disediakan bilik untuk menyusu dan menukar lampin anak. Besar dan banyak permainan.



Meniti tali

Bukan budak je yang seronok. Mak bapak pun seronok nak cuba


Nampak budak kecik yang beratur tu? Beliau tidak berjaya nak naik tayar merentas sungai ni sebab tangan tak sampai kat tali tu. Sedih dia

Dah penat training nak jadi ninja, mestilah lapar kan. Kat sini ada kafe yang menjual pelbagai jenis makanan. Kakigori (ABC Jepun) pun dah dijual. Maklumlah, dah nak musim panas. Kalau singgah Togakushi memang kena cuba makan soba (mee Jepun) sebab Togakushi terkenal dengan soba. Di sepanjang jalan nak ke Ninja Mura ni ada banyak kedai makan soba. Kalau korang ke Nagano, jangan lupa singgah di Chibikko Ninja Mura ni ye. Jya mata ne!!!


No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...