Tuesday, 9 May 2017

Barangan halal di bumi Jepun

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Salah satu kebimbangan orang Muslim jika ke negara yang bukan majoriti Muslim adalah mencari makanan/minuman halal. Ye..dulu masa mula-mula di Sendai agak kekok sebab tak biasa. Mujur ada ramai senpai yang tolong beri tunjuk ajar. Makanan pertama yang saya makan masa di bumi Sendai adalah set nasi + ikan salmon di Marumatsu. Nasiblah tekak dah biasa makan ikan salmon jadi boleh je terima. Makanan Jepun sangatlah pelbagai dan nampak menyelerakan namun zannen...banyak yang tak halal. Telan air liur je la. Makanan di restoran Jepun yang boleh dimakan tanpa was was adalah makanan laut (ikan, udang, sotong), sayur dan bukan dari sumber binatang selain makanan laut. Bila jumpa je kedai makan yang ada label halal, memang bersinar mata. Maklumlah..hari-hari makan bento masakan sendiri. Tuan badan pun dah muak sangat, tak lalu nak makan.

Bekalan ayam dan daging halal Alhamdulillah tiada masalah setakat ni. Boleh beli di Gyoumu supa, Satoh Shokai supa, Costco dan melalui online seperti Baticrom. Di Sendai ni ada satu kedai runcit halal (Majumder) yang dibuka oleh orang Bangladesh yang telah menetap di sini lebih dari 20 tahun. Banyak pahala dia bantu mudahkan komuniti Muslim di sini.

Ayam bertulang halal di Costco

Selain itu saya banyak gunakan aplikasi GoogleTranslate untuk membaca isi kandungan makanan/minuman. Banyak makanan/minuman yang menarik tapi sayang...selalu ada alkohol, mirin, lemak haiwan, emulsifier dari haiwan. Sabar je la huhu Jepun akan menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2020. Jadi banyak makanan dan barangan halal sedang dipergiatkan bagi memenuhi keperluan atlet Muslim dari seluruh dunia yang akan datang ke Jepun nanti. Alhamdulillah...moga-moga usaha ini akan menarik perhatian pelancong ke Jepun. Jya...setakat ni saja perkongsian saya. Mata ne!

Bilik sejuk

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Suhu amat penting dalam buat eksperimen lagi2 yang melibatkan alat/bahan kimia/protein yang sensitif pada suhu. Macam eksperimen saya memerlukan suhu 4 darjah Celcius untuk letak sample agar tidak rosak. Di makmal saya ada satu bilik sejuk yang boleh digunakan oleh semua pelajar di bangunan ni untuk tujuan eksperimen. Ada alat dan bahan kimia dari pelbagai makmal dalam bilik sejuk tu. Bagi saya bilik ni sangat praktikal kerana tak payah beli peti ais melambak2 untuk simpan bahan kimia. Jimat duit dan jimat ruang. Lagi satu, dorang ni main letak je barang2 dorang tak label pun. Yang bagusnya tiada kes barang hilang kena sebat dengan orang lain. Jya nanti saya kongsi lagi cerita. Mata ne!

Saya kena incubate samples guna shaker ni dalam suhu 4 degree. Buruk je kan shaker dorang ni tapi masih boleh guna

Lambakkan je semua bahan kimia dalam bilik ni. Siap ada yang letak air lagi

Sejuk yang amat bilik ni. Mampu ambil dan letak sample je dalam bilik ni

Pintu masuk

Thursday, 20 April 2017

Sumimasen!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni nak kongsi pasal budaya 'sumimasen'. Pe benda alah sumimasen ni weh? Sebenarnya, sumimasen bermaksud 'maafkan saya'. Boleh digunapakai untuk situasi kita nak minta maaf, nak tanya soalan, nak tumpang lalu. Biasa saya akan guna kalau ada orang tengah sapu sampah dan saya nak lalu, kata 'sumimasen' sambil tunduk kepala dan bagi senyuman paling manis hehe ataupun sebelum saya nak tanya soalan. Bukan apa...kalau tak kata sumimasen macam agak tidak sopan pula. Kena minta kebenaran sebelum nak buat apa-apa. Untuk minta maaf pula, ada beberapa perkataan boleh guna macam 'gomenasai', 'warui warui' (bad..bad..) atau 'moushi wakenai'. Selalu saya guna 'gomen ne' kalau dengan kawan-kawan. Tak boleh guna untuk orang yang lebih tinggi pangkat dari kita. Kena guna 'gomenasai'. Bagus juga budaya ni. Boleh diterapkan di kehidupan harian walaupun bukan di bumi Jepun. Saya akan kongsi lagi pengalaman lain di entry berikutnya. Jya mata ne!

Gomen ne...Tayang aiskrim nasi yang sedap ni

Wednesday, 19 April 2017

Tawakal orang Jepun

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Lama tak menulis dek kerana kekangan masa dan keserabutan otak. Kali ni saya nak berkongsi mengenai ketinggian tawakal orang Jepun dari pelbagai aspek. Yang ni mengikut pemerhatian saya. Mungkin tak tertakluk untuk semua orang Jepun. 

Kebanyakan rumah di sini tiada gril di pintu dan tingkap. Takdalah pulak kes pecah masuk. Saya dan suami pun pernah beberapa kali terlupa nak kunci pintu, menonong terus keluar. Alhamdulillah setakat ni takda apa2 yang buruk berlaku. Barang-barang macam tayar kereta, tong minyak untuk heater dan barang2 yang besar2 dorang selamba je letak depan beranda rumah. Ada yang lagi tawakal pintu kereta pun tak kunci. Tak heran pun pencuri nak bawa lari.


Mana ada gril pintu dan tingkap dorang

Selain itu, fesyen lelaki Jepun kat sini suka pakai dompet yang saiz besar. Dah la dompet besar, letak pula kat poket belakang. Memang senang la nak sauk keluar dari poket dia tu. Tapi sekali lagi, pencuri tak heran nak rompak pun. Pernah saya ternampak zip beg galas Nihonjin ni terbuka dan nampak la segala barang berharga dia tapi dia bertenang je. Pastu kebarangkalian nak jumpa balik barang tercicir di Jepun ni sangat tinggi. Pergi je balai polis berdekatan dan buat report. Selalunya memang akan jumpa balik sebab orang awam akan hantar ke balai polis. Baguskan...Macam kes labmate saya. Dia tercicir ip6 yang baru beli beberapa minggu. Cari punya cari tak jumpa. Saya cadangkan dia ke balai polis berdekatan. Kot2 ada orang jumpa dan hantar ke sana. Dan memang betul pun ip6 dia ada di balai polis dalam keadaan yang elok.

Lagi satu yang saya perhatikan. Kat school saya ni banyak student guna motorsikal. Selamba dia je letak helmet dan jaket kat atas motor. Pun takda orang nak curi. Oh..saya pun dah terikut Nihonjin tinggal laptop dan barang berharga atas meja. Leceh nak angkut laptop balik rumah. Pun begitu. takda orang usik apatah lagi nak curi. Memang tabiklah bab selamatnya barang2 kita di sini.

Selamba je dia letak helmet macam ni hehe

Apa yang saya ceritakan ni menurut pengalaman saya je. Bukan la nak kata semua Nihonjin ni bagus. Saya beruntung berada di kawasan yang selamat dan bersyukur dapat merasa pengalaman macam ni. Jya setakat ini saja perkongsian saya. Mata ne!

Rumah depan konbini (convenience store)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Salah satu keunikan Jepun ialah konbini (convenience store) yang merata-rata. Setiap beberapa meter akan ada konbini. Celah ceruk mana tah pun tetap ada konbini. Antara yang popular adalah 7Eleven, Lawson, FamilyMart (dah ada kat Malaysia), Circle K Sunkus (sunkus = thanks) dan ada beberapa lagi yang saya tak tau. Fungsi konbini ni bukan sahaja jual barang tapi lebih dari tu. 

1. Boleh bayar bil utiliti serta bayar tiket kapal terbang
2. Photocopy (buat sendiri)
3.Tumpang guna tandas (tandas konbini sangat bersih dan tiada bau walaupun dalam konbini)
4.Tumpang paking kereta dan tido (banyak pekerja2 akan park kenderaan di sini dalam pukul 12 tengahari-1 petang. Parking pun luas sangat)
5.Boleh keluarkan duit guna ATM.
6.Ada tong sampah di hadapan konbini. Boleh buang sampah di situ. Kat Jepun ni tiada tong sampah di luar. Kalau nak ada sampah, kena simpan dan buang di rumah. Bukan buang merata2 tau uols
7.Tumpang baca majalah (sebab tak reti baca kanji jadi tengok je la dari jauh)

Barang-barang dalam konbini ni sangat menarik, pelbagai dan selalu up to date. Harga pun agak berbaloi. Contoh la kalau masa tu musim sejuk, air dalam botol dan tin akan diletakkan dalam peti yang suhu tinggi. Ada juga jual nabe (hot pot). Sedap tu makan panas-panas. Bila tiba musim sakura pula, banyak produk makanan dan minuman bertema sakura macam teh sakura dan mochi sakura. Menarik sangat. 

Rumah sewa saya kebetulan di depan 7Eleven. Bila nak masak dan tak cukup barang, berdesup turun jap beli barang. Pagi2 sebelum ke lab boleh singgah beli sarapan. Pendek kata, senang yang amat la. Dah pun nama convenience store kan. Jya setakat ini sahaja perkongsian saya. Jumpa di lain entry.

Turun rumah nampak konbini

Boleh baca majalah ni kat sini. Siap ada barang free dalam majalah ni. Biasa saya tunggu yang dapat handbag

Segala macam barang ada kat sini

Kerepek ume


Mochi sakura



Friday, 24 March 2017

Bukan milikku

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san,

Kenangan di kala disahkan mengandung pada tahun 2011 sangat saya ingat sampai sekarang. 2 tahun berkahwin dan hamil selepas melakukan prosedur HSG (sakit yang amat) membuatkan saya dan suami teruja sangat. Cuma saya sangat2 terkilan bila tak buat pemeriksaan lanjut dengan Dr pakar yang saya rujuk sebelum ni. Dia dah berpesan kepada saya kalau positif mengandung terus jumpa dia. Saya cuma ke klinik ibu mengandung dan konon2nya nak jumpa Dr pakar bila kandungan dah besar. Sangat naif masa tu. Padahal masa yang kritikal adalah trimester pertama. Disebabkan kelalaian dan kurang ilmu masa tu saya kehilangan anak saya padahal dah dua kali scan Dr mengesahkan anak saya sangat sihat. Saya masih ingat melihat degupan jantung dia dan saiz dia yang comel.

Saya menjalani rutin harian macam biasa. Makan pun takda pantang2. Bila saya ada temujanji masa minggu ke 10, saya dah rasa tak sedap hati bila Dr scan dan mengatakan jantung anak saya tiada denyutan. 2 doktor cuba scan dan pendapat mereka sama. Saya bergegas jumpa Dr pakar dengan harapan anak saya masih ada cuma mungkin mesin scan di klinik tak berapa canggih. Sepanjang jalan saya berdoa dan berharap walaupun saya tau harapan sangat tipis. Dan memang intuisi saya betul. Tiada denyutan jantung dikesan dan Dr pakar bagi pilihan samada nak buat prosedur DnC atau tunggu anak saya 'gugur' secara semulajadi. Saya tak boleh fikir masa tu dan saya perlukan ruang untuk bertenang. Dalam masa seminggu saya bersedih dan akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan prosedur DnC. Dah la masa tu minggu hari lahir suami saya. 

Prosedur DnC hanya mengambil masa beberapa jam dan saya tak perlu bermalam di wad. Dr letak janin saya di dalam botol kecil dan saya tak sanggup tengok lama2. Nampak jelas jari2 dia. Panjang2 macam jari saya. Balik rumah saya terus tidur dan suami uruskan tanam janin tu di laman rumah. Saya dapat MC selama 2 minggu dan berpantang macam biasa. Saya cuba nampak gembira sebab tak nak buat suami dan keluarga risau. Saya selalu salahkan diri saya sebab tak follow up dengan Dr pakar, tak buat bacaan yang mendalam tentang kehamilan, tak jaga makan. Semua tu penyebab sahaja dan peristiwa ni buat saya muhasabah diri sendiri. Allah nak uji saya sebenarnya. Mungkin saya belum bersedia untuk jadi ibu terbaik dan mungkin masanya belum tepat. Saya sedar apa yang ada di dunia ni hanya pinjaman. Bila2 masa akan ditarik balik nikmat tu. Eh...kenapa post kali ni macam serius pulak? Biasalah emosi turun naik. Lain kali post pasal jalan2 pulak. Jya mata ne. 


Thursday, 9 March 2017

Persediaan gempa bumi di makmal

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san!!!

Seperti yang sedia maklum, Sendai telah dilanda gempa kuat bermagnitud 9 disusuli dengan tsunami pada 11 Mac 2011. Masa saya dan suami nak melanjutkan pelajaran di Universiti Tohoku, ramai yang bertanya kat mana la pula Universiti Tohoku ni. Bila bagitau 'ala...kat kawasan yang kena tsunami tu', owhhhhhh panjang dorang semua hehe

Walaupun saya tiada di Sendai pada ketika itu namun kesan gempa dan tsunami masih kelihatan hingga kini. Airport Sendai antara kawasan yang terjejas teruk. Sensei kawan saya di sini meletakkan keretanya di airport dan hanyut dilambung tsunami. Zannendeshita... Di makmal saya terdapat kesan retakan di dinding. Dorang cuma tampal sikit-sikit je kesan retak tu. Pernah semasa delegasi dari Taiwan datang melawat makmal saya, sensei tunjuk gambar peti ais -80 degree dia yang tak bergerak langsung (sebab berat dan jenis yang kena angkat pintu ke atas). Dalam tu penuh dengan sample pelajar2 dia. Elektrik pula masa tu terputus dan dengan bangganya dia bagitau semua sample dalam tu selamat sebab dia letak ais kering untuk kekalkan suhu. Siap promote belilah peti ais macam tu haha

Peti ais yang banyak harta karun

Sejak peristiwa tsunami itu sensei mengambil keputusan untuk mengikat alat2 makmal bagi mengelakkan jatuh ketika gempa. Perit weh kalau alat rosak. Tambah lagi kalau data dalam alat tu tak sempat nak save ke tempat lain. Menangis tepi bucu futon pun tak dapat nak dapat balik data tu. Untuk pelajar macam saya, data adalah lebih berharga dari emas permata berlian bagai semua tu haha setakat ini dulu perkongsian saya. jya mata ne!




~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...